Sunday, February 27, 2011
Doaku~~
Saturday, February 26, 2011
janji Allah itu PASTI~!!
- “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
- “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang memalingkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina’ ”. (Al Mu’min : 60)
Jadi, Kenapa ragu dengan janji Allah?
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w., sabdanya:
Allah Azza wa jalla berfirman-dalam Hadis Qudsi: "Aku adalah menurut sangkaan
hambaKu dan Aku akan selalu besertanya selama ia mengingat padaKu."
"Demi Allah, nescayalah Allah itu lebih gembira kepada taubatnya seseorang
hambaNya daripada seseorang di antara kamu semua yang menemukan sesuatu
bendanya yang telah hilang di padang yang luas."
"Barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sejengkal, maka Aku mendekat
padanya dalam jarak sehasta dan barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak
sehasta, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sedepa. Jikalau hambaKu itu
mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan bergegas-gegas."
Doa KetabaHan Hati~
Di dalam myusuri hidup ini, bnyak skali perkara perkara yang boleh membimbangkan hati,bahkan kadang kadang dapat mgugurkan iman,justeru itu patut kalu kita memohon kpada Allah ktabahan hati iaitu dgn membaca doa:
" Ya Allah, Ya Tuhan ku! Aku memeohon kpdaMU keteguhan
dalam urusan ku, dan aku memohon kpda MU ketetapan
dalam pimpinan, dan aku memohon kpdaMU utk dapat
mensyukuri nikmatMU dan beribadah kpda Mu dgn baik, dan
aku mohon kpdaMU lidah yang benar dan hati yang selamat;
dan aku berlindung diri kepadaMU dari kejahatan sesuatu
yang Engkau ketahui, dan aku mohon kpdaMu dari setiap
kebaikan yang Engkau ketahui serta aku mohon kepdaMu
dari sgala dosa yg Engkau ketahui kerana sesungguhNya
Engkaulah Zat yang Maha Mgetahui setiap sesuatu yang
ghaib."
“Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)
p/s: tabahlah wahai hati...mungkin semua ini ada hikmahnya...Allah mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya...mungkin mudah untuk berkata-kata...tapi apakan daya..kita sebagai hambaNYA akan tetap diuji...S.A.B.A.R + S.E.M.A.N.G.A.T...
kadangkala Allah sembunyikan matahari, dia datangkan petir dan kilat.
Subhanallah~
Wednesday, February 23, 2011
FadhiLaT SoLaT~ :))
HADIS 1
Usman r.a. diberitakan sebagai berkata, "Allah SWT menganugerahkan sembilan kurnia atas orang yang menjaga solatnya dan mengamat-amati dalam mengerjakannya pada waktu-waktu yang telah ditetapkan, iaitu:
1) dia dicintai Allah SWT.
2) dia menikmati kesihatan.
3) selalu dinaungi malaikat.
4) rumahnya diberkati.
5) nur taqwa bercahaya pada wajahnya.
6) hatinya lembut.
7) dia akan melintas Titi Siraq seperti kilat pantasnya.
8) dia diselamatkan dari neraka
9) jiran-jirannya di syurga adalah mereka yang Allah berfirman yang mafhumnya: "Mereka tidak merasa takut dan tidak gundah-gulana". (Al-Baqarah: 38)
HADIS 2
Rasulullah SAW bersabda, "solat adalah tiang agama dan mempunyai sepuluh fadhilat, iaitu:
1) daya penarik pada wajah.
2) teman di dalam kubur.
3) jalan turunnya rahmat Allah.
4) anak kunci ke syurga.
5) timbangan bagi neraca (amalan baik).
6) jalan untuk mendapat keredhaan Allah.
7) harga bagi syurga.
8) naungan terhadap api neraka.
9) seorang yang sangat memberati solatnya menegakkan Islam.
10) seorang yang melengah-lengahkannya merosakkan Islam."
- Jika kamu tidak solat...islamkah kamu??
- Rukun islam ada 5 perkara dan antaranya ialah SOLAT dan MENGUCAPKAN DUA KALIMAH SYAHADAH~!
- Rukun Itu WAJIB ditunaikan...(kecuali HAJI bagi yang berkemampuan sahaja)
- Ada Dua kategori sahaja... ISLAM atau KAFIR~
- renung2kan lah dimanakah kamu hari ini dan sebelum ini...Berubahlah kerana dunia ini hanyalah persinggahan yang sebentar~
Monday, February 21, 2011
Ya Allah~Aku SudaH JaTuH CiNTa... :))
Saturday, February 19, 2011
FahaMiLah WaHai KaMu~!
♥Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
♥Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
♥Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
♥Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
♥Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
♥Dan yang akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Kredit to semua pemuda islam
titipan buatmu wahai wanita~
♥"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."