Friday, February 18, 2011

Adakah semuanya kerana cinta?


Ya Allah...
sesungguhnya aku memang insan yang lemah... Hanya kerana cinta ini, aku tidak mampu mengawal apa yang aku rasakan kini...
peritnya rasa bila cinta yang didambakan tidak sampai ke jinjang pelamin...
Ya~!! aku amat menyayanginya...
dan aku menyayanginya kerana ALLAH...
oleh kerana itulah aku sentiasa berdoa agar aku dapat hidup bersamanya...
dibawah rahmat dan RedhaNYA...
mungkin inilah ujian hati buatku... semuanya putus ditengah jalan...

Ya Allah,
jika benar dia milikku...
satukanlah hatinya dengan hatiku...
dan jika dia memang sidia bukan tercipta buatku...
jauhkanlah hatiku dari segala yang berkaitan dengannya...
sungguh Ya Allah...
Aku bersyukur dengan pemberianMu buatku...
rasa cinta dan kasih ini...
aku pasti,,,semuanya ada hikmahnya...

dan dengarlah wahai hati...
janganlah kau menangis lagi...
hanya keran cinta manusia...
janganlah kau kenangkan dia lagi selain dari penciptamu...
tenangkan dirimu....
akan ada cinta lagi selepas ini...
janji ALLAH itu PASTI~~!!

cuma yang aku harapkan...
Allah tetapkan pendirian dan imanku..
agar cinta selepas ini adalah cinta selepas perkahwinan...
cinta yang setulusnya buat lelaki yang bernama suamiku~
lelaki yang dihadiahkan buatku agar dapat melengkapkn imanku~
lelaki yang mampu meneruskan hidup ini bersama-samaku...
dan lelaki yang tulus mencintaiku~
InsyaAllah~

" Lelaki yang baik itu utk perempuan yang baik"