Monday, February 14, 2011

Dia Pilihanku Ya Allah~


Pilihanku..
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Pilihanku.
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..

Pilihanku..
Bukan pada banyaknya harta dunia,Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Pilihanku itu..
seorang yang buta..Buta menilai paras rupa..Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..

Pilihanku itu..
Seorang yang bisu..Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..Kerana harapan disandarkan pada Illahi..Pendiriannya menusuk nurani hawa..Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba

Pilihanku itu..
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..

Dia Pilihanku Ya Allah...
Seorang yang ikhlas menyayangiku...
Yang akan selalu bersamaku...
yang sentiasa berada dijalanMU Ya Allah~