Wednesday, February 23, 2011

FadhiLaT SoLaT~ :))






HADIS 1
Usman r.a. diberitakan sebagai berkata, "Allah SWT menganugerahkan sembilan kurnia atas orang yang menjaga solatnya dan mengamat-amati dalam mengerjakannya pada waktu-waktu yang telah ditetapkan, iaitu:
1) dia dicintai Allah SWT.
2) dia menikmati kesihatan.
3) selalu dinaungi malaikat.
4) rumahnya diberkati.
5) nur taqwa bercahaya pada wajahnya.
6) hatinya lembut.
7) dia akan melintas Titi Siraq seperti kilat pantasnya.
8) dia diselamatkan dari neraka
9) jiran-jirannya di syurga adalah mereka yang Allah berfirman yang mafhumnya: "Mereka tidak merasa takut dan tidak gundah-gulana". (Al-Baqarah: 38)


HADIS 2
Rasulullah SAW bersabda, "solat adalah tiang agama dan mempunyai sepuluh fadhilat, iaitu:
1) daya penarik pada wajah.
2) teman di dalam kubur.
3) jalan turunnya rahmat Allah.
4) anak kunci ke syurga.
5) timbangan bagi neraca (amalan baik).
6) jalan untuk mendapat keredhaan Allah.
7) harga bagi syurga.
8) naungan terhadap api neraka.
9) seorang yang sangat memberati solatnya menegakkan Islam.
10) seorang yang melengah-lengahkannya merosakkan Islam."

p/s:
  • Jika kamu tidak solat...islamkah kamu??
  • Rukun islam ada 5 perkara dan antaranya ialah SOLAT dan MENGUCAPKAN DUA KALIMAH SYAHADAH~!
  • Rukun Itu WAJIB ditunaikan...(kecuali HAJI bagi yang berkemampuan sahaja)
  • Ada Dua kategori sahaja... ISLAM atau KAFIR~
  • renung2kan lah dimanakah kamu hari ini dan sebelum ini...Berubahlah kerana dunia ini hanyalah persinggahan yang sebentar~
Renungan bersama: Apabila orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.[1] Mereka menjadikan sumpah sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka kerjakan.[2] Yang demikian kerana mereka mengaku beriman kemudian mereka menjadi kafir, maka dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami.[3] (Al Munafiquun:1-3)