Saturday, February 19, 2011

FahaMiLah WaHai KaMu~!




Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.

Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.

Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.

Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.

Yang datang, t
ak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.

Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.

Dan yang akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

p/s:
Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof,
jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim,
Andai diri tak sekuat Siti Hajar.
Dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah,
Kalau diri tak sesempurna Rasulullah.
Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu
Sebagai keunikan....
Carilah kebaikan pada dirinya...
Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya....
Dan berdoalah diakan terus menjadi milikmu…

Kredit to semua pemuda islam