♥Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.
♥Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.
♥Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah.
♥Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan.
♥Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya.
♥Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat.
♥Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati.
♥Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.
♥Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian.
♥Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain.
♥Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.
♥Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya.
♥Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia.
♥Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran.
♥Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukan cinta sejati pada Allah.
p/s: kalau rasa xnak berkorban...xder gunanya hidup didunia ini...sebab setiap langkah itu adalah pengorbanan walaupn ia sekecil zarah...walaupun ia adalah pengorbanan utk diri sendiri...tanpa pengorbanan takkan datangnya usaha dan kejayaan~
orang yang tidak mahu berkorban ini adalah orang yang tergolong dari orang yang takbur~ Muhasabah diri kita bersama ya~ :))