Monday, February 21, 2011

Ya Allah~Aku SudaH JaTuH CiNTa... :))



Ya Allah...
Jika benar perasaan ini milikku...
Aku bersyukur padaMu Ya Allah...
sesungguhnya...
Aku diberi kesempatan untuk merasai cinta manusia ini...

Ya Allah...
dan jika benar tentang apa yang aku rasakan ini..
tuluskan hatiku pada dirinya Ya Allah...
kerana aku mahu belajar untuk menjadi yang setia Ya Rabbi...
Bimbinglah aku selama aku menempuhi ujian ini Ya Allah...

Ya Allah,,,
jgnlah kerana perasaan ini...
kau membiarkan aku terlalai Ya Allah..
KAU bimbinglah aku seperti anak kecil..
yang masih bertatih Ya Allah...
kau perliharakanlah imanku ini...
agar aku tidak terkeluar dari syariatMU...
agar aku mampu membezakan mana yg benar ...
dan mana yang batil...

Ya Allah...
dan aku berdoa padaMU Ya Allah...
Berikanlah aku dan dia hubungan yang halal Ya Allah..
agar aku mampu untuk menzahirkan perasaan ini pdanya...
agar aku tidak terjebak ke kancah kemaksiatan Ya Allah..
hanya padaMU aku berserah segalanya...
agar KAU mampu melindungi diriku ini...


p/s: Dalam islam...Tiada erti kekasih...Yang hanya ada adalah buat Rasulullah s.a.w...Hubungan yang sebenar-benarnya adalah hubungan selepas ijab dan qabul~

jgn jadikan cinta yang suci itu dikotori oleh pemiliknya sendiri...kerana smua rasa cinta dan kasih itu..Allah yang campakkn dalam hati-hati kita...bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang untuk mentadbir alam ini... Manusia adalah KHALIFAH Allah~!!