Tuesday, March 22, 2011

Impianku~ :)


InsyaAllah...dalam masa yang terdekat ini...nk abiskan study...
semoga diri ini memperolehi Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik dan Diploma kemahiran Tahap 4 di Japan Malaysia Technical Institute dengan jayanya~

semoga aku dapat menjadi seorang berjaya dalam hidup dan jua di akhirat..
amin,,amin ya rabbal alamin... :))


Ingin menjadi wanita solehah~
yg taat kepada Allah,rasulullah dan ibu bapa~
semoga keinginanku seiring~
InsyaAllah...

ingin membantu keluarga dalam apa jua keadaan~
selepas mendapat pekerjaan...fokus buat keluargaku yang utama~!

mencari dan mendambakan cinta hakiki~
semoga diri ini menjadi seorang yang istiqomah dalam mencari redha Allah~
amien~

jodoh itu rahsia Allah..
maka aku REDHA dengan segala ketentuannya~
Hadiah dari-NYA adalah yang terbaik buat diriku sepanjang hidupku....

semoga aku dipertemukan dengan sidia~
suami yang bakal menjadi walid buat anak-anakku kelak... :)
Janji Allah itu pasti~!!
"lelaki yang baik utk perempuanyang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya"
jadi yang terbaik jika ingin yang terbaik~
berubahlah wahai Rosefarhana Rosly~! :))
InsyaAllah...
sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji-NYA... :D

cincin~
:))
tidakku pinta mahar yang tinggi...
cukuplah sekadar kau menerima diriku dan ikhlas bersamaku~
cinta kerana Allah~!!

semoga perkahwinan ini diredhai Ilahi...
cintaku buatmu selepas segalanya halal buat kita~
:)
mahligai yang kita bina biarlah sederhana agar kita hidup dengan tenang~
redha Allah itu yang utama wahai sygku~

semoga kita bahagia selamanya~
semoga cinta ini kekal hingga kepintu syurga~
:))
InsyaAllah...

anak-anak~
:)
bukti cinta kita...
InsyaAllah...
semoga Allah mengurniakan cahaya mata yang ramai~
amien...
amien...
Ya Rabbal alamin...














KISAH CINTA KOPI MASIN :))~




Dia baru sahaja tamat belajar dan kini telah bergelar seorang doktor. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup.

Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah sekolah tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik.

Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.

Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.

"Astaghfirullah," bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya.

Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.

Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu, "Kau kenal ke gadis itu?"

"Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa. Dan masih belum berpunya lagi," jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!

Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata,

"Berikan saya kopi masin!"

Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.

Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"

"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut... masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini," jawab lelaki ini.

Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan mereka mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya.

Dia pasti lelaki itu adalah seorang yang menyintai dan mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sangat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.

Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di sekolah tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.

Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.

Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.

"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..

Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."

Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.

Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya, "Bagaimana rasa kopi yang masin?"

Dia dengan pastinya menjawab, "Rasanya manis sekali."

Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan, dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.

Bingkisan untuk hati~




Assalmualaikum...

Biarkan perkara ini berlalu. Bukan mudah untuk diri ini melupakan segalanya. Di keheningan malam, diri ini mengadu pada yang Maha Esa. Agar dapat menerima segala kenyataan yang telah diberikan. Kadang-kadang rasa ingin berlari sampai ke hujung dunia, hati ini ingin menjerit sekuat hati. Tapi tak mampu, ujian dari yang Maha Esa untuk hambaNya. Itu yang pasti. Masalah hati melanda dalam diri,kerdilnya diri ini didepanNya. Mata mula mengeluarkan air yang jernih,persis kepingan kaca yang tajam menikam hati. Sakitnya!sungguh tajam ia menikam dalam diri. Ya Allah,diri meminta padaMu. Agar menutup rasa ini,bukalah ia bila tiba masanya. Ikatan yang tulus suci,dengan satu kalimah. Semoga yang halal dicari.

Ya ustaz!

Ana tunggu disini,moga masa menentukan segalanya. Jika ustaz pergi,ana redha. Jika kembali,kembalilah dengan lafaz yang suci kerana Allah. Itu sahaja permintaan dari ana.

Allah tiupkan satu perasaan untuk diri ini. Diri ini mengeluh keletihan. Mengusir supaya pergi,kerana sekarang bukan masanya lagi. Ya Allah,kuatkan diri ini! Inikah ujian dariMu untukku. Diri cuba untuk menghadapi, kadang-kadang ingin sahaja jatuh. Pada suatu malam,diri ini megadu pada yang Maha Esa,supaya buangkan perasaan ini. Kerana takut diri terleka. Kuatkan hati. Menangis kerana rasa terlalu hina dihadapan yang Maha Esa . Ujian seperti ini diri tidak mampu.

Cuba untuk sibukkan diri dengan aktiviti. Berhalakah bersama-sama teman seperjuangan. Semua itu untuk diri. Cuba untuk mensolehahkan diri,kerana cinta lelaki soleh ingin dikecapi. Biarlah Allah menentukan segalanya. Usahlah berduka untuk jiwa yang sengsara,kita masih ada Dia.

Segala-galanya diri serahkan pada yang Maha Esa.

Buluh perindu,

Cinta ilahi yang pasti!

Sunday, March 20, 2011

Friday, March 18, 2011

hayatinya wahai sayangku..




Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari cinta saya. Tapi pertama kali bertemu awak, hati saya terus terpaut... Demi tuhan, saya tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya..

Saya telah menolak cinta awak, tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak, awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan, awak berjanji saya bukan salah seekor kupu-kupu perhiasan di dinding kamar awak....

Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak.... saya tak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak.. Dan saat saya mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yg paling dalam... Lemas dan hampir tenggelam... dalam lautan kasih sayang, seribu impian, dan saya mula terpikir, saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak, rupanya awak ada di sisi saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu...

Bagai merpati putih cinta saya berkelana mencari singgahsana di hati awak... nyata saya tak temuinya..... Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki cinta saya... awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yg tak mampu saya selam.... disana saya tak mampu melihat cahaya.. Awak beri saya harapan, dan akhirnya awak jugalah yg menyalakan api dan membakar saya dalam diam...

Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa yg sebenarnya awak cari.... Tapi jauh disudut hati ini saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta dan mungkin tak akan pernah dewasa..... Atau mungkin juga.. awak belum pernah benar2 jatuh cinta pada seseorang... Jadi, selama ini siapa saya dihati awak...????

Adakah selama ini awak sebenarnya tidak pernah menyintai saya?

Siapa yg memujuk saya untuk membuka pintu hati?

Siapa yg mengajar saya,bahawa Cinta itu perlukan pengorbanan?

Siapa yg memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri??


awak.....

Awak mungkin jenis lelaki yg boleh menyintai ramai perempuan berkali-kali. Tapi saya pula seorang perempuan yg percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkhawinan....

Kita hidup sekali, mati sekali dan menyintai sekali.......

Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yg saya ada. Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. Jangan pernah menganggap..

Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biarpun pada ketika awak berada disisi saya... setiap saat saya mengingati awak... seumur hidup ini saya mencintai awak...

Awak...

Sebelum saya menghilang dari dunia awak, saya ingin menyatakan sesuatu, yang tak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya cintakan awak, inilah jawapan saya....

'Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberi suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meskipun waktu itu, saya akan bisu buat selamanya....'

'Dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberi hati saya agar awak dapat hidup untuk selama-lamanya, Meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini...(awak tak pernah tahu).

Semuanya untuk awak, tapi satu jer.. yg tidak akan awak dapat dari saya sebelum awak menikahi saya....

Seseorang pernah berkata,

'If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place.....'

Awak.......

Kerana saya mencintai awaklah saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak.... saya berdoa supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yg awak cari.... Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti cinta yang sebenar... supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu mencintai seseorang.... dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.....

Awak.....

saya percaya pada tuhan yg mempertemukan kita, saya tahu ada hikmah disebalik semua ini.... dan saya tak akan menyoal... saya juga tak pernah kesal.... sekurang-kurangnya sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.

Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali pada saya.... itu bukan harapan saya... tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan tuhan... Dan kalaupun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yg terbaik...

Ikhlas:

Wanita Yang Pernah Menyayangimu Sepenuh Hati

Tuesday, March 15, 2011

Cantik VS Akhlak~!! :))



Assalamualaikum~!
(xjawab dosa...jawab sayang~hehe.. )
:))
cantik...itulah yang selalu dikaitkan dengan wajah yang dianugerahkan ilahi buat manusia~
Bertuah bagi seseorang yang dikurniakan wajah yang lembut..
tapi perlu diingat,ini hanya pandangan luaran..
Definisi cantik itu adalah subjektif..
sape-sape pn boleh jadi cantik...

Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa perlu bersyukur. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya.
tapi mengertilah...cantik itu hanya satu sampingan di dalam kehidupan..
tiada yang kekal...kecuali Allah s.w.t..

Bagiku, kecantikan sesorang terletak pada AKHLAK…

Jika akhlak cantik, maka cantik jugalah tutur kata.

Jika akhlak cantik, maka cantik juga pergaulan

jika akhlak cantik, maka ilmu juga cantik

jika akhlak cantik, maka darjat di sisi Allah juga tinggi

jika akhlak cantik, maka hatipun cantik

Bukankah akhlak mencerminkan kecantikan seseorang… sebab itu juga Rasulullah menyuruh kita setiap kali mengadap cermin ucaplah “Segala puji hanya bagi Allah, Ya Allah sepertimana engkau cantikan wajahku, maka cantikan juga akhlak ku”…

Jangan pandang kecantikan rupa paras seseorang, kerana ianya akan pudar. Tapi pandanglah pada akhlak, ilmu dan amal seseorang kerana akhlak yg baik akan menyelamatkan diri dari fitnah dunia, ilmu yg tinggi dapat menyelamatkan diri dari kegelapan kejahilan dan amal yang istiqamah akan dicintai Allah.


dari apa yang saya lihat..
dapat saya simpulkan punya wajah lembut
tidaklah sepenting punyai peribadi yang cantik,akhlak yang mulia,
tutur yang sopan dan
apa yang paling penting amal ilmu dan agama yang ada padanya.

pesanan kepada lelaki2 diluar sana..
pilihlah pasangan yang baik agamanya,
cantik akhlak dan peribadi..
dan bukanlah cantik pada luarannya sahaja
cantik rupa tidak menjanjikan kebahagiaan dalam
sesebuah hubungan..
cantik akhlak lagi dipandang mulia disisi Allah swt..

Apakah lagi beruntung dan ada bagusnya,
kita telah pun dikurniakan dengan wajah yang sempurna
cantik..lembut..ayu..
dihiasi pula dengan
akhlak yang baik..tutur dan pakaian yang sopan..

=)

Sunday, March 13, 2011

Kawan Dan Musuh IBLIS~


Siapakah Musuh Iblis?
Suatu masa Rasulullah s.a.w pernah menyoal iblis katanya:
"Wahai iblis, berapa banyakkah musuh-musuhmu dan umatku"
Jawab iblis : "Lima belas orang" iaitu :

1. Anda sendiri wahai Muhammad
2. Kepala Negara (Imam) yang adil
3. Orang kaya yang rendah hati
4. Pedagang yang jujur
5. Orang alim yang sembahyangnya amat khusyuk
6. Orang beriman yang suka memberi nasihat
7. Orang beriman yang pengasih
8. Orang yang bertaubat dan tetap atas taubatnya itu
9. Orang yang tidak mahu membuat sesuatu yang haram
10. Orang beriman sentiasa berwuduk
11. Orang beriman banyak bersedekah
12. Orang beriman yang berakhlak mulia
13. Orang beriman yang bermanfaat kepada orang ramai
14. Orang yang mengamalkan dan terus menerus membaca Al-Quran
15. Orang yang menegakkan ibadat pada waktu malam sedangkan orang lain sedang tidur

Siapakah Kawan Iblis?
Rasulallah s.a.w bertanya lagi : "Berapa banyakkah kawan-kawanmu dari umatku?"
Jawab iblis: "Sepuluh orang" iaitu:

1. Hakim yang tidak adil
2. Orang kaya yang sombong
3. Pedagang yang tidak jujur
4. Peminum arak
5. Penghasut / pendengki kepada orang yang mendapat kebaikan
6. Orang beramal kerana ingin nama
7. Orang yang makan harta anak yatim
8. Orang yang mempermudahkan solat
9. Orang yang tidak mahu berzakat
10. Orang yang suka termenung (duduk mengelamun / berangan-angan)

Monday, March 7, 2011

awk...




  • awk...kenapa tnggalkan sy??
  • kenapa tinggalkn sy dengan alasn kita kne fokus study??
  • padahal mse kita bersama,,,kita mmpu harungi semuanya...
  • knpe x berterus terang??
  • yg hakikatnya awk ade org lain...
  • kenapa awk buat sy mcm ni??
  • sy tak jujur ke pada awk?
  • sy jahat??
  • knpe sy xboleh bncikan awk??
  • padahal awk buat mcm2 pd sy...
  • sbb sy cintakan awk...
  • dan sy xkan pernah membenci awk....
  • cuba tanya hati awak, awak sayang saya lagi tak..
  • kalau saya tunggu awak, awak akan balik pada saya tak??
  • sampai bila awak nak saya tunggu awak??kalau awak gtau brape lama, saya akan tunggu awak..
  • InsyaAllah....
  • awak..boleh saya mintak balik 3 thn saya tak??
  • kenapa bila saya tanya awak sayang saya lagi tak, awak diam je??
  • saya tau yang awak tau saya sayangkan awak dan akan sentiasa cintakan awk....
  • awak ingat saya lagi tak??atau awak sedang cuba lupa saya, atau awak memang dah lupa saya???
  • awak pernah cakap yang saya bukan makwe awak, tapi future wife awak..
  • awak, at least 5kali 1 hari saya ingat awak-masa saya ambik air smbhyang..sebab masa tu je saya akan tanggalkan cincin pemberian awk tu....
  • awak, knape luka kat hati saya x blh sapu minyak gamat??
  • kenapa xboleh letak plaster??
  • kalau boleh, saya nak luka tu sembuh cepat...sakit la wak..
  • awak, saya tau hati saya luka teruk even saya tak pernah tengok hati saya..
  • saya suka mata awak masa awak pandang saya...
  • saya suka senyuman awak masa awak senyum pada saya,
  • dan saya suka dengar gelak awak masa awak gelak kerana saya..
  • kadang2 saya rasa hanfon saya vibrate walaupun sebenarnya tak..saya rasa macam awak sms saya..
  • tapi hakikatnya tak...
  • saya sayang awak sebab kelemahan awak..sebab tu saya tak boleh lupakan awak..
  • awak..maaf sebab saya masih sayang awak..
  • saya tak pernah menyesal sbb sayang awak dan saya tak akan lupa awak..
  • saya sayang awak even awak dah tak sayang saya..
  • dan tetap syg awk walaupn awk syg org lain...
  • saya cuma nk awk tahu...
  • saya syg awk...
  • dan sy syang awk kerana Allah...
  • kerana sy nk diri sy halal buat awk...
  • sy nak membina hidup ini bersama awk....
  • saya masih sayang awak even antara kita dah tak ada apa2...

  • dan saya...

  • saya minta maaf sebab pernah hadir dalam hidup awak...