Tuesday, March 22, 2011

Bingkisan untuk hati~




Assalmualaikum...

Biarkan perkara ini berlalu. Bukan mudah untuk diri ini melupakan segalanya. Di keheningan malam, diri ini mengadu pada yang Maha Esa. Agar dapat menerima segala kenyataan yang telah diberikan. Kadang-kadang rasa ingin berlari sampai ke hujung dunia, hati ini ingin menjerit sekuat hati. Tapi tak mampu, ujian dari yang Maha Esa untuk hambaNya. Itu yang pasti. Masalah hati melanda dalam diri,kerdilnya diri ini didepanNya. Mata mula mengeluarkan air yang jernih,persis kepingan kaca yang tajam menikam hati. Sakitnya!sungguh tajam ia menikam dalam diri. Ya Allah,diri meminta padaMu. Agar menutup rasa ini,bukalah ia bila tiba masanya. Ikatan yang tulus suci,dengan satu kalimah. Semoga yang halal dicari.

Ya ustaz!

Ana tunggu disini,moga masa menentukan segalanya. Jika ustaz pergi,ana redha. Jika kembali,kembalilah dengan lafaz yang suci kerana Allah. Itu sahaja permintaan dari ana.

Allah tiupkan satu perasaan untuk diri ini. Diri ini mengeluh keletihan. Mengusir supaya pergi,kerana sekarang bukan masanya lagi. Ya Allah,kuatkan diri ini! Inikah ujian dariMu untukku. Diri cuba untuk menghadapi, kadang-kadang ingin sahaja jatuh. Pada suatu malam,diri ini megadu pada yang Maha Esa,supaya buangkan perasaan ini. Kerana takut diri terleka. Kuatkan hati. Menangis kerana rasa terlalu hina dihadapan yang Maha Esa . Ujian seperti ini diri tidak mampu.

Cuba untuk sibukkan diri dengan aktiviti. Berhalakah bersama-sama teman seperjuangan. Semua itu untuk diri. Cuba untuk mensolehahkan diri,kerana cinta lelaki soleh ingin dikecapi. Biarlah Allah menentukan segalanya. Usahlah berduka untuk jiwa yang sengsara,kita masih ada Dia.

Segala-galanya diri serahkan pada yang Maha Esa.

Buluh perindu,

Cinta ilahi yang pasti!