Monday, April 18, 2011

kekecewaan itu~




Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum~!! :)


Sedih sesedih sedihnya, hancur sehancur-hancurnya. Kadang inilah yang terjadi jika menggantungkan cinta dan harapan kepada makhluk.


Terlalu mudah baginya untuk menipu, terlalu mudah baginya untuk menyakiti dan mengecewakan sebab cintanya yang dusta, kasih sayangnya yang dusta dan kata-katanya dusta.


Mungkin semua terjadi sebab kita sebagai manusia...Bersifat lemah dan tidak mampu melihat hijab yang bakal ditempuhi kelak....


Seseorang berkata sayang dan cinta lalu menggantungkan kata-kata yang seolah-olah membuai hati yang hanya segumpal...


menghadirkan kebahagiaan yang dusta, sementara dan tidak kekal... sebab pada saat itu kita menggantungkan harapan dan cinta kepada manusia yang hati dan fikirannya berubah-ubah...


ntah dia memakai hatinya atau tidak!!! Entah dia mencintai kerana Allah atau tidak!!!!!


Berbeza jika kita menggantungkan cinta dan harapan kepada sang Maha Besar, kepada sang Maha Pemilik Cinta,!!!


Tak akan ada kekecewaan, tak akan ada air mata duka, tak akan ada air mata cinta...


Terkadang cinta itu hanya sekedar kata-kata yang membuat orang lain terkadang tak rela, membuatmu terlena, dan hasil akhirnya terkadang mampu membuatmu menangis sejadi-jadinya...

"Sang Maha " pencintamu tak akan menyakitimu seperti ini, "Sang Maha" pencintamu tak akan mengkhianati perasaan seperti ini... "Sang Maha" pencintamu tak akan meninggalkanmu seperti ini..


Siapapun tak akan mampu menyakitimu begitu dalam kerana cintaNya kepadamu, siapapun tidak akan mampu menyakitimu begitu dalam kerana cintaNya kepadamu...!!!!! Dialah A. L. L. A. H....!!!!


Serahkan urusan ini kepadaNya agar mereka yang menyakitimu terdiam~!!!!


D U K A itu datang kerana kesalahanmu sendiri, menggantungkan cinta dan kasih sayang bukan pada pemilik cinta dan terkadang kau tidak mengerti kerana hati itu mati...


Cinta kepada makluk akan hadir jika kecintaan kepada Allah lebih dulu diutamakan, di hati dan fikiran...Lalu Sang Pemilik Cinta itu akan menuntunmu kepada seseorang yang mencintaimu kerana Allah saja..karana Allah saja...!!!!


Mintalah cinta itu kepada Sang Maha Pemilik Cinta, insyaAllah kau tidak akan kecewa kerananya...



p/s: sesungguhnya tidak akan bahagia seseorang itu apabila dia menyakiti orang lain dan membuatkannya terluka kerana dirinya sendiri.....


-Rosefarhana Rosly,18/4/2011,6.10am-