Tuesday, May 31, 2011

Jodoh Atau Cinta?? :)


Assalamualaikum~ :)

heee....tajuk ari ni tbe2 nk cakap pasal jodoh atau cinta...cewaahh~!!
padahal esok ader test...sempat lg tuh...tulis blog...Rose...Rose...xberubah2...da nk abis bljr pn..still cm gitu... :P

ntah la...ana xtaw la npe jd gini..mgkin da tabiat kot.. :)) xper2...kiter crik mood lu kn..then,bru leyh fokus study...

jodoh...cinta...apakah itu yek?? (mcm de pngalamn je kn.. :P xper la..kita tulis pe yg kite thu...berkongsi..xslah kn? :) )

~APA ITU "JODOH" ??



Jodoh Itu Rahsia Ketentuan Allah


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan kamu dalam doa-doa selepas solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. :) heee~ Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

so, hanya Allah shj yang mengetahui apa yang terbaik utk diri kita. Tak perlu untuk beria-ia pada masa sekarang (jika kamu tidak bersedia langsung untuk memikul tanggungjawab berumah tangga) tapi beria-ialah mengejar apa yang patut untuk kamu kejar.Contohnya kejayaan dunia akhirat, membahagiakan ibu bapa. Semua itu da cukup berat untuk ditanggung seorang diri. Jadi, muhasabah diri kamu,kamu berada dibahagian mana. Jangan sampai semuanya jadi hancur kerana tangan sendiri. Buat apa yang terbaik untuk diri sendiri dan juga orang yang tersayang.


~Apa itu "CINTA"??~


Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu. :))

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta, manusia menghadapi krisis nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

P/s: 'Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri'


Kesimpulan~

Jodoh itu rahsia Allah.

Perkahwinan itu satu permulaan untuk babak-babak seterusnya dalam kehidupan.

CINTA itu perjuangan. Perlu diusahakan, ada rintangan

Bertemu jodoh, jodoh itu bukan milik kita. Jodoh itu milik Allah. Maka letakkan ianya di dalam kawalan. Bukan mengikut hati dan perasaan.

Selamat berkelana dalam penantian yang membuahkan pencarian diri bagi mengejar jodoh hakiki. hee~ :)

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Surah ke 36. Ayat ke 36.


p/s: Betapa indahnya hidup kerana Allah menetukan segalanya rahsia, bukan hanya jodoh namun saat seterusnya jua tiada dalam pengetahuan hamba-hambaNYA.Maka manusia hidup dalam keadaan sentiasa berusaha. InsyaAllah, keyakinan kepada ketentuanNYA membawa kepada tawakal dan merasai indahnya redha. Allah tidak akan pernah menzalimi hamba-hambaNYA.Yakinlah segalanya telah ditentukan masanya dan akan terlaksana pada masa yang terbaik. :)) Chayok2~!!

Monolog Hatiku:Ya Allah, jika benar jodoh ini takdir dariMU, Hiasilah aku dengan cinta itu, titipkanlah kebahagiaan antara kami. Permudahkanlah urusan ini dan Panjangkanlah jodoh kami.Hanya padaMU aku meminta pertolongan~ Amien,amien Ya Rabbal Alamin~ :)

by: Ana Farhana a.k.a Rosefarhana Rosly :))
2:05am , 31/5/2011

Sunday, May 29, 2011

Tiada Noktah Dalam Perjuangan~ :)



Assalamualaikum~ :)

Sahabat..

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu nak impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan. Jangan takut berimpian asalkan ianya di susuli dengan tindakan yang mengarah kepada impian kamu itu. Ini kerana Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. – Cecil B. DeMille


Kecemerlangan kamu akan terhasil daripada sikap kamu yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik. Ana percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.


Jadi tak salahkan kalu kita nak berimpian dan berangan-angan...Semuanya perlu disusuli dengan usaha dan kemudian bertawakal kepada Allah s.w.t~ Tiada yang mustahil bila ia bersangkutan dengan Allah...Kalau Allah nak beri...Tidak ada yang dapat menghalangnya.. :))


Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. Jadi fikirkanlah hal-hal yang paling hebat, dan kamu akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada perkara yang tertinggi, Dan kamu akan mencapai yang tertinggi.


Sahabat..

Rezeki.. ada di mana-mana, datang tanpa di duga, tepat pada masa, yang penting, usaha dan tawakkal. Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi. Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.


Ingat..!!!!

Orang yang berkhianat selalu terhina. Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar. Jangan menyalakan api untuk membakar musuh kamu sedemikian panas, sehingga kamu sendiri hangus kerananya.Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap anda ialah dengan berbuat baik kepadanya.

Percayalah…

Allah itu ada dan DIA MAHA MELIHAT dan MAHA MENGETAHUI SEGALANYA baik luaran mahupun hati~ :)


  • Jihad~~!!!

  • Bersemangat~!!

  • Kuat~!!

  • Tabah~!!

  • Istiqamah~!!


itulah resipi untuk berjaya~ :)


P/S : Ya ALLAH jadikanlah aku insan yang HEBAT dan ISTIQAMAH....InsyaAllah~ :)




by: Ana Farhana
29/5/2011 , 6:30pm

Friday, May 27, 2011

Alhamdulillah~ :)




Assalamualaikum... :))

setelah sekian lama ana x update blog...bru ari ni dpat nafas baru...heee~ :D

Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhamdulillah...Syukur padaMU Ya Rabb~!!

KAU permudahkan semua urusanku dan sahabatku...

setiap hari kami panjatkan doa dan membina kekuatan hati agar diberi semangat dan akhirnya ana dapat menhabiskan jua projek tahun akhir (FYP) dengan jayanya...Syukur~

Subhanallah...Sungguh bsar apa yang KAU telah berikan pada kami Ya Rabb~

itulah jua...Tawakal selepas berusaha...Tiada sebab Allah tidak akan beri....Usaha dulu...itu yang penting...dan hasilnya...kita tawakal...

Walau apa pun..telah ana dan sahabat ana berjaya mengharungi detik-detik presentation dan alhamdulillah...Semua panel menyukai projek tu...Yang paling happy, ramai lecturer yang berminat nk beli projek tu,,,,Subhanallah~ Macam x percya je...pape pn...ana amat bersyukur dan rasa terhutang budi kepada ramai pihak yang membantu terutama sekali sahabat-sahabat ana...

♥Nurfarahin Ngah (partner)

♥Nursyafikah Nadia Zakaria

♥Kak Madihah

♥Abg Anip..Abg Kamal..Abg Su..

♥Lecturer-lecturer JMTi

♥yang langsung dan tidak langsung~


:))


Syukran Jazilan~ Jasamu dikenang sampai akhir hayat dan hanya Allah shj yang dpat membals nya..InsyaAllah~  ♥ :))


P/S: Tiada Cinta manusia lagi dalam hatiku~ Cinta Hakiki Yang aku cari...Hanya Cinta Allah dan Kasihnya Rasul Yang aku dambakan kini...Semoga Aku sentiasa istiqamah untuk mencari Redha-NYA...InsyaAllah...Doakan ana yek~!!! :))


Andai hati ini tidak terluka,

mungkin telah jauh aku melangkah,

Andai janji-janji itu tidak ternoda,

mungkin telah jauh aku mendayung sampan,

Andai impian itu tidak musnah

mungkin jua aku telah membina istana

tapi semuanya ada hikmahnya,

Jangan Kau ragui janji titah tuhanmu wahai hati,

DIA tidak pernah alpa dengan semuanya,

Satu hari itu akan tiba,

Redhakanlah segalanya,

Kau pasti tersenyum jua,

InsyaAllah~

by: Ana Farhana :))


-Rosefarhana Rosly-

27/5/2011 , 10:45pm


Monday, May 23, 2011

Assalamualaikum...

monolog hatiku~

:) walau apa pun terjadi...kita kena tetap tersenyum kan...
even perit mana yang perlu hati ini tanggung...

kadang-kadang...Banyak yang perlu untuk diluahkan...Tapi kudrat tidak mengizinkan...Subhanallah...

Hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya....Tidak perlu layar untuk dipertayangkan...tidak perlu butir bicara...Hati telah mengadu segalanya....Allah itu maha mengetahui....

Jika hari ini aku bersedih...jika hari ini aku berduka cita...
tapi bukan selamanya akan aku tanggung derita ini...
hari itu akan hadir jua...
lambat atau cepat...Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya....InsyaAllah~!!!

Bukan aku mahukan sebegitu...tapi apakan daya....aku perlu menempuh segalanya...
pahit dan getir perlu untuk aku redah...ikutkan hati yang tidak kuat ini...telahku rebah sebelum masanya..Kuatnya iman ini mendorong langkah kaki yang kian lemah~
MasyaAllah...Hanya PadaMU aku luahkan segalanya....

Ya Allah...Jangan biarkan hati ini menangis lagi..tidak terdaya rasanya menanggung beban...Segalanya aku lalui dengan mulut yang tertutup...tiada daya untuk mengadu lelah lemah hati ini kepada sang sahabat...Kamar yang sederhana ini menjadi saksi..Mata pena yang lancang menulis yang mencajadi titik noktah segalanya...Aku pasrah Ya Allah...

Rahsia hati...Hanya DIA yang mengetahui...Kuatkan Aku Ya Allah~ Kuatkan aku~
Aku lemah tanpa diriMU disisi....
Hanya dengan ujian yang sebegini,,,Aku menjadi lemah tidak berdaya....Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa yang sentiasa dahagakan titah tuhannya,,,Ya Rabb~!! Sungguh aku rapuh...

Wahai hati,,,Jangan kau tanggung beban itu seorang diri...alirkan ia buat semuanya agar kau tidak gundah lagi...Allahuakbar~!!

sesunggguhnya hanya KAU yang mengetahui apa yang terbaik buat diriku...Aku serahkan semuanya padaMU untuk menguruskan segalanya...InsyaAllah....


Yang merindui tuhannya,
Rosefarhana Rosly

23/5/2011, 2.00pm

Thursday, May 19, 2011

Selamat hari lahir buatmu~

assalamualaikum~

selamat hari lahir aku ucapkan buat dirimu

semoga dengan hari yang istimewa ini akan merahmati dirimu selamanya~

InsyaAllah~

doaku agar kau senantiasa bahagia disamping keluarga tercinta

dan org yang tersayang~

:)

Jadikanlah dia yang halal buatmu

agar kau tidak akan mengecewakannya kelak...

agar kau senantiasa dibawah keredhaan-NYA...

aku senantiasa doakan yang terbaik buatmu~

Aku bahagia melihat dirimu bahagia~

:))

selamat hari lahir muhammad shaheer bin daud~

mungkin ini adalah yang ucapan terakhir buat dirimu..

takkan aku kenang lagi semuanya...

InsyaAllah~ :)

p/s: Hanya redha dan cinta-MU yang aku dambakan Ya Allah~ Kau sentiasa hadir dalam jiwa ini tatkala aku sedih atau gembira...Syukur padaMU Ya Allah~ Aku masih ada KAU..bukan hanya didunia..bahkan diakhirat kelak~ InsyaAllah~!! InsyaAllah~!!




Yang tulus,

Rosefarhana Rosly

19 mei 2011,5:33pm

Wednesday, May 18, 2011

Cintai aku dengan ketulusanmu~

Saat kau mencintai seseorang

Cintailah dia dengan ketulusan yang muncul dari dalam hatimu

Ketulusan bererti kau mencintai dengan ikhlas

Tanpa harus mengharap imbalan atau balasan darinya untuk mencintaimu

.

Dan ketika kamu benar-benar tulus mencintainya

Maka kamu akan terlelap pada ketenangan yang muncul dari jiwamu

Ketenangan yang selalu menyegarkan hatimu saat mulai melayu

Sungguh ketulusan yang sebenarnya adalah

Ketika kamu selalu berlaku hanya dan demi untuknya

Walau dia tidak pernah lakukan hal itu padamu

.

Ketulusan yang kau berikan kepadanya adalah

sebuah pembebasan dari duka dan deritamu

Kerana ketulusan yang telah kau tanam hanya berbuah kebahagiaan

Bukan kekecewaan yang menyesakkan dada

.

Justeru jika engkau banyak mengharap cinta dari orang yang kau cintai

Engkau akan sering mengalami siksaan batin

Kerana saat itu kekhuatiran dan kegelisahan

Selalu mengikuti mu kemana hatimu bergerak

.

Saat itu pula cintamu tidak pernah tegak berdiri dalam jiwamu

Dimana jiwamu sedang terumbang ambing

Diantara perasaan takut jikalau dia tidak mencintaimu

Bahkan membencimu

.

Dan ketahuilah bahawa cinta yang suci nan murni hanya kan kau rasakan

Dengan gerak hatimu untuk selalu berlaku jujur pada orang yang kamu cintai

Tanpa ketulusan engkau tidak akan pernah bias mencecap betapa manisnya madu cinta

Kerana ketulusan ibarat cawan tempat engkau meneguk madu tersebut

.

Dan jika engkau belum boleh berlaku jujur

Lihatlah ke kedalaman hatimu

Agar dapat kau fahami rahsia hatimu

Hingga akan kau temui seberkas cahaya kesedaran

Yang akan mendorong hatimu untuk jujur dan tulus

.

“Dan kejujuran adalah asas bagi cinta sejati yang selalu ada di hati seorang pencinta

Percayalah bahawa ketulusanmu adalah nafas cintamu”



Sumber: Cintai Aku Dengan Ketulusanmu