Sunday, May 15, 2011

Aku Bersahabat Denganmu kerana Allah~ :)










andai dapat aku hentikan masa ini,
andai dapat aku luahkan rasa ini,
andai dapat aku zahirkan apa yang terbuku dihati ini,

ingin sekali aku menyatakan,
aku amat menyayangimu,
setulus hatiku,

ingin sekali aku khabarkan,
bahawasanya,
kamu amat penting dalam hatiku,

ingin sekali aku coretkan,
bahawa kamu amat diperlukan dalam hidupku,

tapi aku hanyalah insan yang lemah,
yang hanya mengikut caturan hidup ini,

sahabatku,
andai suatu masa nanti,
kita akan berpisah,
satu sahaja yang aku pinta,
renungkanlah kembali kenangan kita bersama,
agar ukhuwah yang terjalin atas dasar ilahi ini,
akan kekal buat selamanya...

sahabatku,
aku mengerti,
jauh disudut hatiku..
kalian juga merasa begitu...

takdir ilahi...
kita akan berpisah jua,
mungkin dasar tempat atau masa,
atau mungkin jua takdir maut yang memisahkan kita..

sahabatku,
aku redha dengan ketentuan ilahi,
kita berpisah kerana ilmu,
kita berpisah kerana berjihad,
dan kita berpisah kerana cita-cita yang satu..

Andai masa tidak mengizinkan kita bertemu kembali...
di dunia yang fana ini...
kenangilah ukhuwah yang terjalin ini...
agar kita kenang sampai akhirnya...
agar aku mampu untuk bertemu kalian kelak..
Di syurga ilahi...
InsyaAllah...


"sungguh, aku menyayangi kalian kerana Allah dan aku bersahabat dengan kalian juga kerana Allah..Semoga rasa sayang ini diredhai ilahi.."

kredit to:

♥Nurfarahin Ngah
♥Nursyafika Nadia Zakaria
♥Nurul Syakirin
♥Siti Aisyah Azman
♥Norshafiza Shafie
♥Wann Zainurita Desa
♥Siti Nornajiehah Zakaria
♥Norhafiza Saahri
♥Siti Sharifah Nazuen Selamat
♥Nursyuhada Kamaruzaman
♥Siti Annisaq Idris
♥Norhidayah Kamal Akhbar