Monday, May 16, 2011




Jangan bersedih wahai jiwa,
sekiranya kau beriman kepada Allah s.w.t
percaya dengan ketentuannya
percaya Qada' dan QadarNYA
ada hikmah yang tersembunyi

Jangan bersedih wahai jiwa yang tenang
kerana bersedih itu membuatkan hatimu dinodai syaitan
kuatkan hatimu~!!!

Jangan bersedih wahai jiwa yang terluka
kerana bersamamu Allah yang MAHA MENDENGAR
mendengar rintihan hamba-hambanya

Jangan bersedih wahai hati yang lara
Disana pasti muncul sinar itu
Sinar yang akan membuatkanmu tersenyum kembali
senyuman tanpa paksaan

Subhanallah~
Kuatkan hati ini Ya Allah...
Sungguh aku lemah~


Monolog Hatiku : Aku ingin kembali ceria seperti dahulu...Aku ingin kembali tersenyum dan gembira seperti dahulu...Aku ingin bersemangat seperti dahulu....Aku ingin lincah dan aktif seperti dahulu...Ternyata aku masih lemah Ya Allah...Hapuskan pengharapan ini Ya Allah~ Hapuskan kekecewaan ini Ya Allah~ Hapuskan janji-janji palsu yang terpahat dihati ini Ya Rahman~ Hapuskan semua kenangan ini Ya Rahim~ Aku mohon padaMU~ Kembalikan semangat juangku kerana disana masih banyak yang memerlukan diriku~



-Rosefarhana Rosly-
16/5/2011 , 9:53pm