Thursday, May 12, 2011

senyumlah wahai hati~




Kau menangis la sepuas hatimu. Jangan lah biarkann tangisan tu tersimpan dalam benak mu. Lepaskan lah... terlalu lama kau simpan semua ni.

Pujuklah hatimu...

Katakan padanya,

Allah tetap memberikan hadiah yang terbaik untuk hambaNya. Mengapa perlu sedih dan merintih? Kecewa? Biarkanlah... Bila tiba masanya, dia akan merasai juga. Janji Allah tak pernah mungkir. Itulah janji yang terbaik. :)


Wahai hati…
Kerisauanmu itu menunjukkan kau mengambil berat tentang dia
Kerinduanmu itu menunjukkan kau menyayangi dia
Kesunyianmu itu menunjukkan kau memerlukan dia

Wahai hati…
Sabarlah dalam menempuhi ujian dan dugaan ini
Usah khuatir usah resah
Tabahkan hatimu kuatkan semangatmu

Wahai hati…
Berkat kesabaranmu akan dibalas satu hari nanti
Kebahagian dan kegembiraan kelak akan menjadi milikmu
Tunggulah dengan penuh keredhaan dan kesabaran

Wahai hati…
Terimalah takdir Yang Maha Esa
Bersyukur dengan segala nikmat yang diberi oleh-Nya
Doa dan terus berdoa semoga Allah kurniakan yang terbaik buatmu

Senyumlah. kerana senyuman itu penawar setiap duka....

Dari Anas bin Malik r.a, nabi s.a.w bersabda:Janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana suatu malapetaka yang menimpanya. Jika ia tidak dapat berbuat sesuatu (sudah puas berubat atau berikhtiar) maka hendaklah ia berdoa:Wahai Tuhanku, hidupkanlah aku seandainya kehidupan itu lebih baik bagiku, tetapi matikanlah aku seandainya kematian itu lebih baik bagiku.


P/S: Aku lepaskan dia pergi...dan pintaku...Jangan kembali lagi.... :) Doaku agar kau bahagia buat selamanya...


semoga kau bahagia bersamanya~
cuma pintaku...
Doakan aku agar mndapat suami yg soleh kelak.. :)
InsyaAllah~


-Rosefarhana Rosly-
12/5/2011, 12.09pm