Sunday, May 29, 2011

Tiada Noktah Dalam Perjuangan~ :)



Assalamualaikum~ :)

Sahabat..

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu nak impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan. Jangan takut berimpian asalkan ianya di susuli dengan tindakan yang mengarah kepada impian kamu itu. Ini kerana Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. – Cecil B. DeMille


Kecemerlangan kamu akan terhasil daripada sikap kamu yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik. Ana percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.


Jadi tak salahkan kalu kita nak berimpian dan berangan-angan...Semuanya perlu disusuli dengan usaha dan kemudian bertawakal kepada Allah s.w.t~ Tiada yang mustahil bila ia bersangkutan dengan Allah...Kalau Allah nak beri...Tidak ada yang dapat menghalangnya.. :))


Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. Jadi fikirkanlah hal-hal yang paling hebat, dan kamu akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada perkara yang tertinggi, Dan kamu akan mencapai yang tertinggi.


Sahabat..

Rezeki.. ada di mana-mana, datang tanpa di duga, tepat pada masa, yang penting, usaha dan tawakkal. Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi. Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.


Ingat..!!!!

Orang yang berkhianat selalu terhina. Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar. Jangan menyalakan api untuk membakar musuh kamu sedemikian panas, sehingga kamu sendiri hangus kerananya.Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap anda ialah dengan berbuat baik kepadanya.

Percayalah…

Allah itu ada dan DIA MAHA MELIHAT dan MAHA MENGETAHUI SEGALANYA baik luaran mahupun hati~ :)


  • Jihad~~!!!

  • Bersemangat~!!

  • Kuat~!!

  • Tabah~!!

  • Istiqamah~!!


itulah resipi untuk berjaya~ :)


P/S : Ya ALLAH jadikanlah aku insan yang HEBAT dan ISTIQAMAH....InsyaAllah~ :)




by: Ana Farhana
29/5/2011 , 6:30pm