Wednesday, June 29, 2011

sekali lagi cinta itu milik kita~ :)



assalamualaikum~da lama ana x menulis kan? :) bz skit la...lgpun, masa agak terhad..nnt da msok keje,, lagi bz...xper2...FB pn da jarang layan...fokus pada blog jer~ InsyaAllah...tiba2 terasa nak menaip lak kan... hmm,,,,cinta itu sekali lagi milik kita~ :)

mampu ker wahai cik ana farhana?? Ya~!!! InsyaAllah...Ader jodoh tak kemana kan... Janji Allah itu pasti~ Hati OH Hati...cam ner?? leyh x tunggu dia? :)) InsyaAllah...Andai Allah izinkan utk hati ini tertaut lagi...Apa salahnya kan? :) ini adalah kerana aku cintakan dia kerana Allah...Sebab itu aku pergi dan tanpa menoleh lagi... walau ape pn,,,redhakan ia wahai hati~

cinta adalah kekuatan.. yang mampu mengubah duri jadi mawar.. mengubah cuka jadi anggur.. mengubah sedih jadi riang.. mengubah amarah jadi ramah.. mengubah musibah jadi muhibbah.. itulah cinta

:))

Jodoh itu rahsia Allah. Dan Dia mengatakan awak untuk saya, dan saya untuk awak...

Yang pastinya kita takkan dapat lari daripadanya~


doaku...

"Perempuan yang baik utk laki-laki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah jua sebaliknya"

InsyaAllah~ :))

Monolog Hatiku:

biarkan aku sahaja yang mendoakan tentang semua ini kerana aku tahu, Allah itu Maha Pendengar dan Maha Pemurah~ Aku biarkan semuanya ditelah keindahan masa, kubiarkan kenangan itu terdampar disudut hati, kubukakan pintu maaf seluas-luasnya buatmu, kubentangkan keindahan cinta yang pernah hadir dilubuk hatiku.. ketahuilah wahai kamu, Allah berikan cinta ini dan Allah izinkan semuanya berlaku dan aku mengerti semua ada hikmahnya.. :) senyuman itu tanda aku redhakan semuanya...Carilah apa yang tidak cukup dan sekiranya kamu tidak bertemu apa yang kamu cari,, aku sentiasa ada disini untuk kamu~ InsyaAllah~ :))

cinta itu sekali lagi milik kita~

13 september 2016

InsyaAllah~

ketika aku melepaskanmu dengan penuh keikhlasan..

jika Allah memintaku untuk mencintai dirimu sekali lagi,

dan aku melakukannya,

dengan izin Allah,, Aku akan mencintaimu sekali lagi...

semuanya dengan izin Allah dan Hanya Kerana Allah~

Cinta kerana Allah~

Rosefarhana Rosly Cinta dia~ :)

semuanya dengan izin Allah~


memori 23/6/2011 takkan dilupakan
melaka bandaraya bersejarah~
pertemuan dengannya kali kedua~


by: Ana farhana
29/6/2011

Saturday, June 25, 2011

disaat aku merinduimu~

Ya Allah

Andai dia bukan untuk ku,
Tutupkan lah pintu hatiku untuknya,
perit rasanya aku menangis tiap kali aku sujud padamu,
Untuk kehilangan cinta yang tak pernah aku miliki,

Ya Allah,
Andai dia bukan untukku,
Berikan lah aku cinta untuk ku hilangkan rindu ini padanya,
Berikan lah aku kekuatan agar dapat aku tenangkan hati ini,

Ya Allah,
Andai dia bukan untukku,
Berikanlah dia satu cinta yang terindah untuk dirinya,
Berikanlah dia permata dunia perhiasan syurga,
Agar bisa hatiku tenang terkenangkan dia bahagia,

Ya Allah,
Andai dia untukku,
Kau dekatkan lah hati ini dan hatinya,
Kau berikanlah kami kekuatan agar bisa menempuh dugaan ini,
Agar kami bertemu kerana indah takdirMu YaAllah,

Ya Allah,
Andai dia untukku,
Jadikanlah hati-hati ini bertemu untuk redhaMu,
Bantulah hati-hati ini agar sentiasa dlm rahmatMu,
Kerana aku tahu, cinta terindah itu ialah cinta dariMu YaAllah,

amien Ya Rabbal Alamin..


p/s: carilah cinta yang sejati dan senantiasalah hargai insan yang pernah hadir dalam hidup kita. Kadang kala, Allah hanya memberi kesempatan itu hanya sekali. Redhakan ia wahai hati~



Monolog Hatiku:

Ya Allah,
ku mohon ketenangan,
Andai dia bukan untukku,
hilangkan dia dari ingatan,
hilangkan rasa cinta ini,
hilangkan rasa kasih yang makin mendalam,
hilangkan rindu yang semakin mendendam,

hati tak mampu lagi bertahan,
hati tak mampu lagi memendam rasa,
hati tak mampu lagi menipu diri,
hati tak mahu selamanya begini.

biarlah hati ini tenang sendiri,
biarkan hati ini aman sendiri,
biarkan hati ini tiada penghuni,
biarkan hati ini begini seketika…

ku lepaskan dia pergi…
biarkan dia mencari cintanya,
lepaskan dia dari ikatan perasaan,
bebaskan dia dari penipuan…

semoga dia bertemu cintanya,
semoga dia bertemu idaman,
semoga dia bertemu apa yang hilang,
semoga dia bertemu apa yang dicarinya…
yang tiada dalam diri ini…
yang tak sempurna dalam diri ini..


sungguh aku merindui dirinya Ya Allah~ ;'(



by: Ana Farhana

25/6/2011 : 1:45am

Friday, June 10, 2011

cinta~ :)


Sering aku mendengar kata ini “Cinta”, Bahkan mungkin sejak masih hingusan. Tapi kata “Cinta kerana Allah” Aku baru mendengarnya saat menapaki jinjang kuliah… Lalu seperti apa “Cinta kerana Allah” itu?

Jika sekarang aku mengatakan “Wahai kamu, aku mencintaimu kerana Allah”, Apa yang membuatmu mempercayai kata-kataku? Aku rasa bukan kerana aku menuruti semua mahumu Dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan? Bukan… aku rasa bukan itu…


Maka akan aku katakan “Aku mencintaimu kerana Allah”…


Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …

Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …

Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu …

Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …

Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …

Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …

Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..

Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …

Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …

Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …

Ketika aku menjaga rahsiamu …

Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …

Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …

Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…

Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….


Wahai kamu, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?


Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya kerana Allah…. Amin.



Nabi SAW bersabda :

“Doanya seorang muslim untuk saudaranya yang tidak bersamanya pasti dikabulkan. Di dekat kepalanya ada malaikat yang menjaganya. Setiap kali ia berdoa untuk kebaikan saudaranya, malaikat itu berkata “Amin”, Dan engkau akan mendapatkan yang serupa.” (Muslim: 48-Kitab adz-Dzikr wad Du’aa’, hlm. 88)

Dalam sebuah hadis qudsi Allah swt berfirman :

“KecintaanKu pasti akan diberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling mengunjungi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling memberi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling menjalin persaudaraan keranaKu” … (Riyadhus Salihin)


p/s: Andai diri ini tidak sempurna, maka maafkanlah aku,,sesungguhnya aku telah buat yang terbaik untuk dirimu~


Monolog Hatiku: Jika ini yang telah ditakdirkan buatku...InsyaAllah, aku pasrah segalanya..Semoga Allah permudahkan semua urusanku dunia akhirat~ Amien~



by: Ana Farhana

4.00am 10/6/2011

Saturday, June 4, 2011

ciri ciri wanita solehah idaman lelaki soleh




1. Kecantikan Dalaman~
Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya.Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.

2. Keanak-anakan a.k.a manja~
Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka.Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.

3. Cantik~
NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya,AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya,HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.

4. Berakhlak Mulia~
"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah"Sebagai ibu, terukir di paparan dada.Sebagai isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika.Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin.~Ciri-ciri wanita yang solehahTaat kepada Allah.Berbuat baik kepada ibu bapa.Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati.Menutup dan menjaga aurat.Tidak berhias apabila keluar rumah.Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram.Berbuat baik dengan jiran tetangga.Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.

5. Berpegang pada agama~
"Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama"

6. Dari keturunan yang baik-baik.~
Seorang wanita yang dari keturunan yang baik2 mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.

7. Bijaksana~
Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha' (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan.~Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk
pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

8. Tidak mempamerkan keseksian~
"Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga"
(Hadis Riwayat Muslim)

9. Tidak Cerewet~
Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

10. Memahami lelaki~
Contoh: Yang berlaku: "Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri sendiri... Tak ingat nak balik rumah... Tak abis-abis layan kawan.. kawan.. kawan... Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!"Yang sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.

11. Tidak terlampau cemburu~
"Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain" (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

12. Sejuk mata memandang.
~Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka~ Sentiasa senyum~Menutup aurat~Ramah dan mesra~Menundukkan pandangan.

13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi~
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.

14. Canggih~
Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.

15. Mempunyai persamaan yang bermakna~
Suatu hari,Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,"Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama". Ketika burung itu terbang,beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata,"Sebab itulah burung itu dapat bersatu".

16. Pemaaf~
Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.

17. Seimbang~
Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.

18. Berkeyakinan diri

19. Mempunyai 'body language' yang baik.(Diulangi, body language ye,samada cara percakapan,kawalan diri di hadapan org ramai dan sbgnya.Yang penting bukan bentuk body seseorang wanita itu yg jd ukuran.. :p)

note: Rujukan : Petua Membuat Orang Jatuh Cinta ~ (DATO' DR. FADZILLAH KAMSAH, HAJI MUHAMMAD ZAKARIA, FATIMAH SYARHA NOORDIN)

tapi seperti mustahil untuk seorang itu lengkap sempurna seperti atas. bak kata ustaz hasrizal fikirlah untuk memberi bukan untuk menerima. :))


"Di belakang setiap LELAKI yang SUKSES
Biasanya ada WANITA yang LUAR BIASA

namun,
Di belakang setiap WANITA yang SUK
KSES
Biasanya ada LELAKI
...yang STRESS

hehe.... =P

Tumbuhlah BERSAMA-SAMA..." :D

Allah tahu apa yang layak untuk kita..

wallahua'lam

p/s: Cintailah Dia dalam diam sekiranya kamu belum bersedia utk berumahtangga. :) Allah itu Maha Mengetahui, tidak perlu risau tentang jodoh. Kelak ia akan hadir jua~ InsyaAllah~ doa~!! doa~!! doa~!!Janji Allah itu pasti... :)) Yang penting, jadi yang terbaik kalau nak yg terbaik. Dia adalah sebahagian dari dirimu yang hilang, insyaAllah, kamu akan berdamping dengannya kelak. Bahagia dan membina bahtera yang diredhai Allah~ Bercintalah sampai syurga,,,kekasih halal~!! syok abis..hehe (mood gatal :P )


W ~ Wanita idaman jejaka beriman
A ~ Akhlaq mulia sentiasa terpelihara
N ~ Nafsu dididik payah dilentur
I ~ Imannya mantap Ihsannya terpuji
T ~ Takutkan Allah taati suami
A ~ Anak-anak diberi pakaian Islami

S ~ Sejuk mata memandang wajahnya, sucinya hati terpancar di wajah
O ~ Onak dan duri ditempuh sabar, ia dianggap sebagai rahmat
L ~ Lancar bibirnya menyebut Allah, licin lidahnya dengan kitabullah
E ~ Engkarkan Allah sentiasa dijauhi
H ~ Hanya mengharapkan maghfirah Yang Esa
A ~ Akalnya pintar dijaga Al-Quran
H ~ Hasilnya dialah wanita solehah



Monolog Hatiku: tidak perlu resah wahai ana farhana, lupakan semuanya. Gembirakan dirimu,,Yang berlalu itu biarkanlah berlalu..Jadikan ia sebagai iktibar, esok masih ada harapan :) InsyaAllah~! jangan tangisinya lagi, ada yang lebih baik yang Allah dah sediakan buatmu...Kejarlah cita-citamu dahulu..Yang lain,serahkan pada ilahi...Gambate Kudasai~! :D


by : Ana Farhana
4/6/2011
11:30pm