Saturday, July 30, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan~ :)) Happy fasting~!!




Kemasukan baru ke universiti..

Tarikh : 1 Ogos 2011 (InsyaAllah)
Name U : Universiti Ramadhan Al-Mubarak
Course wajib : Berpuasa
Course special : Terawih
Course tambahan : Baca quran, zikir, solat sunat, sedekah n etc
Kelulusan : Ijazah takwa
Konvo : 1 Syawal

* Extra.. Tawaran melanjutkn pgajian ke peringkat master
course : Pose 6 . . .

JOM DAFTAR!!
heeee :D

Assalamualaikum~

:)

Ramadhan~ Yups...Ramadhan nak dekat da nih..Semoga dengan ketibaan Ramadhan ni...kita akan lebih fokus dan berlumba-lumba dalam mencari keredhaan-NYA...Kejar Pahala banyak2..Akhirat itu yang utama... :)

Yang paling penting...Lailatulqadar....InsyaAllah~ :))

semoga kita diberi kekuatan oleh DIA dalam menjalani ibadah pada kali ini...Semoga kita semua sentiasa dibawah rahmatNYA...Amien~

kepada:

♥ Family
♥Mr Haziq
♥sahabat-sahabat
♥semua yang mengenali ana~
♥seluruh umat islam dibumi ini

selamat menjalani ibadah puasa~ :)) terawih~!! jgn tak terawih...hehee... :D


monolog hatiku

Allahu Yaa Robbi.. Yaa Karim…Yaa Ghofur…. Pertemukanlah saya dengan Ramadhan tahun ini dan tahun tahun berikutnya… namun jikalau Ramadhan ini harus menjadi Ramadhan terakhir untuk saya.. jadikanlah Ramadhan ini Ramadhan terindah untuk saya.. amien…

by:

Thursday, July 28, 2011

(^_^)


Dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum~

:))

subhanallah...sesungguhnya Allah itu maha mendengar..Sykur padaMU Ya Rabb~!
sesungguhnya tiap-tiap kesusahan itu akan ada kesenangan...Allah da janji da dalam Al-Quran...Dua kali lg~ Janji Allah itu pasti~! :) Tiada yang maha mengetahui segalanyanya...Disaat sebelumnya,,mahupun semasa ataupun selepas itu kecuali Allah s.w.t.. :)

(^_^)

Janji Allah itu pasti~!!!

InsyaAllah, semoga apa yang telah dirncangkan akan berjalan dengan lancar~ :)

DEGREE...tunggu ana yek....ana target ana akan bersama dgn kamu 4 thn...insyaAllah...klu dpt 3 thn...lg bgus~ :P

kepada PETRONAS...Terima ksh utk semuanya...Ana gembira bekerja dibawah kamu...(semakin hari da semakin tembam..Ari2 makan free..hehe :P )

kalau kita usaha...lambat laun Allah akan bagi... :))

InsyaAllah...

Ir.Rosefarhana Rosly akan muncul jua nanti...InsyaAllah~!! InsyaAllah~!! InsyaAllah~!!
amien..amien...amien Ya Rabb~

kepada JMTI a.k.a Japan-Malaysia Technical Institute...Terima ksh sbb bg kesempatan kat ana utk menimba ilmu...Ana xkn lupakan jasa2 tenaga pengajar disitu...walaupun suatu hari nanti ana kena tnggalkan bumi Malaysia ini utk menuntut ilmu lagi...Ana xkn lupa smpai bla2~!! JMTi sentiasa dihati... :))

offshore...Yups~!! pengalaman yang amat berharga...cantik offshore yg ana pergi tu...PETLIN~ cantik sgt2...bila malam lg cntik...berlampu-lampu dan ade corong-corong yang tinggi yang akan sentiasa mengeluarkan api..(mcm obor...) comel~!! :D skeee....sungguh indah ilham yang Allah beri tu...semoga Ana dapat jadi salah seorang engineer (Mechnical Engineer) kat tempat ana praktikal skng...InsyaAllah~ :)

walau ape pn...sentiasa bersyukur...semua yang Allah da tntukan itu semuanya setimpal dan terbaik buat diri kita..InsyaAllah...jangan ragu2 dengan janji Allah...DIA sentiasa ada utk kita~

buat sidia...5 thn lg..InsyaAllah~ :) Tunggu ana yek...Cinta selepas kahwin itu lebih indah...skng ni..kita sama2 mengejar cita-cita...semoga kamu dan ana sama2 berjaya..InsyaAllah... :)) Engineer dan Leftenan Muda :) Ingat tu..kalau kita usaha...Allah pasti beri....


just 4 you Ya Allah~

Always I hurt you by my sins
I pay Your kindness by complaining
I never realize it all
that I breath by Your will Alhamdulillah … I thank it all
my grateful O Allah
about this beautiful life
Alhamdulillah … I thank it all
my grateful O my Lord
upon the blessing in my life
I leave you behind my ignorance
I pay all Your compassion by my dreadful
I never realize it all

that I breath by Your will

by:

Sunday, July 24, 2011

Aku Perlu Tabah~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani~


Dikala kita baru sahaja ingin bertatih,
disaat ingin melangkah,
Kita terjatuh dan Terluka,
Subhanallah...
Begitu sakitnya yang dirasakan..
Kenapa aku yang perlu rasa sakitnya ini??
Kenapa aku yang perlu galas beratnya beban ini?
Kenapa aku yang perlu tanggung kelukaan ini?

Ya Allah,
Aku hanyalah hamba yang lemah,
Hamba yang hanya mempunyai iman yang nipis,
hamba yang sentiasa memerlukan pertolonganMU,
kenapa KAU timpakan ia kepadaku?
Kenapa KAU benarkan ia berlaku?
Kenapa aku yang KAU pilih?

sakitnya Ya Allah,
rasa yang perlu aku tanggung...
Peritnya....

Disaat rintihan ini bermain dibenak kita...Lupakah kita pada janji Allah?



:فرمان الله تعالى دالم أية 214 سورة البقرة :
أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأسآء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين ءامنوا معه متى نصر الله ألآ إن نصر الله قريب
Maksudnya : Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga sedangkan belum datang kepadamu ujian sebagaimana yang pernah berlaku ke atas umat terdahulu sebelum kamu?. Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan dengan pelbagai cubaan sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya : “ Bilakah lagi akan datangnya pertolongan Allah?”.


Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat...Sabarlah wahai hati, Tabahlah wahai jiwa..Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang sabar...Sakit itu bukan selamanya...Pedih dan kelukaan itu akan sembuh jua...InsyaAllah...Ujian itu datang dari-NYA...kerana DIA ingin mendengar kita merintih kepadanya sepertiga malam..Dikala semua manusia nyenyak tidur...Disaat itulah DIA hanya mendengar rintihan kita...sepenuhnya...Setiap butir bicara kita...Allah sentiasa ada wahai jiwa yang sedih...wahai hati yang pilu...


''...Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, 'Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un' (Sesungguhnya kita milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kita kembali). Mereka itulah yang rnmendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk'' (Al-Baqarah: 155-157)


Janji Allah itu pasti...Sinar itu pasti muncul jua...bersabar...


''Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfudz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.'' (Al-Hadid: 22-23).

Lupakanlah ia jika masih kamu bersedih terhadapnya..Luputkanlah ia dari ingatan...InsyaAllah, Allah pasti bantu...Berdoa dan bersemangat~!!! Jangan dikenang lagi...Mungkin semua itu ada hikmahnya...Mungkin ada sebab dan musababnya...disaat kamu terpinga-pinga dan bersedih...Allah tahu dan Allah tidak pernah lupa...dan Allah pasti beri yang terbaik...Allah ambil ia dan Allah akan beri yang lebih baik...Jaga diri, Jaga iman, Jagalah solat...InsyaAllah...


wahai hati yang terluka, kamu diuji bukan kerana kamu bersifat lembut..kamu diuji untuk mengetahui betapa Allah amat menyayangimu...betapa Allah ingin kamu dekat denganNYA...Cintalah DIA wahai hati, lupakan segalanya yang membuatkan kamu terluka dan bersedih...segalanya akan berakhir...Biarlah masa yang merawatnya...Biarlah Hidayah Allah menyembuh lukanya...Biarlah cinta hakiki yang menghilangkan parutnya...Agar kamu akan lebih tabah dan kuat lepas ini...InsyaAllah...

Allah telah berfirman surah Muhammad ayat 31: “ Dan sesungguhnya kami benar benar hendak menguji kalian untuk kami ketahui siapa siapa diantara kalian yang berjihad dan tabah(sabar)"

Surah Al hadid ayat : 23: “supaya engkau jangan sedih kalau tidak mendapatkanapa apa supaya engkau jangan lupa daratan sekiranya mendapatkan dunia.”


KETABAHAN memerlukan temannya rapat… iaitu “SEMANGAT”.


Ketabahan tidak akan muncul sendirinya bila tiada “semangat” dan “semangat” muncul setelah proses “penerimaan”. Penerimaan adalah kita dapat menerima semua keadaan dan kenyataan yang ada, menerima semua kegagalan, menerima semua bentuk ’sakit’, jauh dan sebagainya




Walaupun Aku Sendiri...Aku Tetap Perlu Berdiri..Tanpa dia, Aku Pasti Akan Lebih Berjaya Kerana Aku Tahu Allah Akan Sentiasa Ada Buat Diriku~


S.E.M.A.N.G.A.T~!!!!


by:

Friday, July 22, 2011

La Tahzan~!!

assalamualaikum....

La Tahzan wahai Ana Farhana~!

Jangan bersedih...Allah maha mendengar dan maha mengetahui segalanya...InsyaAllah...Biarlah apa yang dia atau orang lain nak cakap...Kau tahu dan Allah tahu segalanya...

Kuatkan hati ini Ya Allah, teguhkan iman ini Ya Allah..

walau kau lemah sekalipun, kau perlu kuat~! perlu~!! dan sgt perlu~!!

sungguh aku rapuh Ya Allah...Sungguh...

“Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya yang berputus asa itu adalah mereka yang kafir” Surah Yusuf ayat 87.

MasyaAllah...berhentilah wahai air mata...Jangan mengalir lagi...Cukuplah sampai sini shj...Mungkin ada hikmahnya..Janji Allah itu pasti....


Jangan bersedih, Allah Maha pengampun dan Maha penerima taubat
Jangan bersedih, setiap sesuatu telah ada qada dan qadarnya
Jangan bersedih, kerana kelapangan pasti datang
Jangan bersedih, kerana rahmat Allah melimpah ruah
Jangan bersedih, memaafkan orang yang menyakiti itu lebih baik
Jangan bersedih, masih banyak lagi nikmat yang ada pada diri kita
Jangan bersedih, dunia ini tidak layak ditangisi
Jangan bersedih, banyak cara untuk mengusir kesedihan
Jangan bersedih, anggaplah celaan orang itu sebagai angin yang lalu
Jangan bersedih , hinaan tidak selamanya buruk
Jangan bersedih, pilihan Allah adalah yang terbaik
Jangan bersedih, selagi anda masih boleh berbuat baik kepada orang lain
Jangan bersedih, keranan banyak lagi jalan untuk meringankan musibah
Jangan bersedih, masih ramai orang yang menyayangi anda
Jangan bersedih, kerana masih ada kehidupan lain
Jangan bersedih, tanyalah dirimu tentang hari ini, kemarin dan esok
Jangan bersedih, kesedihan boleh merosakkan badan dan akal fikiran
Jangan bersedih, kerana hidup ini bukan untuk bersedih
Jangan bersedih, selagi anda beriman kepada Allah
Jangan bersedih, segala yang ada di dunia ini tidaklah berharga
Jangan bersedih, nikmatilah apa yang anda miliki sekarang
Jangan bersedih, boleh jadi cubaan ini adalah anugerah
Jangan bersedih, kerana anda berbeza dengan orang lain
Jangan bersedih, terkadang kesulitan mengandungi manfaat
Jangan bersedih, kehidupan ini lebih singkat dari yang kita jangkakan
Jangan bersedih, kesedihan akan membuatkan musuh anda gembira
Jangan bersedih, hadapilah kenyataan walaupun pedih
Jangan bersedih, kerana...segalanya akan berakhir..insya-Allah


    وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ
    Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.
    Surat Ali Imran : Ayat 139

    monolog Hatiku:

    maafkan ana utk semuanya~ cuma satu je ana nak kamu tahu..Kamu xkan pernah jadi kawan ana...xkan...dan jangan ungkitkan tentang berkwan...ini kerana:

    “Aku mencintaimu kerana Allah”…

    Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …

    Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …

    Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu …

    Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …

    Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …

    Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …

    Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..

    Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …

    Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …

    Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …

    Ketika aku menjaga rahsiamu …

    Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan dan masa depan …

    Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …

    Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…

    Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….


    Maafkan ana sekali lagi...Ana xkuat macm kamu...Ana x tabah mcm kamu...tapi xper..Ana xpernah salahkan kamu...Sekali pn xpernah...Jangan pernah fikir yang bukan-bukan...bukan ana xnak tlg..tapi ana da buat sehabis baik..mungkin benar, kita xder jodoh..xpe..soal jodoh, bukan kita yg tntukan..ana serahkn semuanya pd DIA...ana da ikut apa yang kamu minta..Maaf sekali lg..Ana harap, kamu sntiasa dibawah rahmatnya kerana doa ana utk kamu akan sntiasa mengiringi...InsyaAllah...


    “Doanya seorang muslim untuk saudaranya yang tidak bersamanya pasti dikabulkan. Di dekat kepalanya ada malaikat yang menjaganya. Setiap kali ia berdoa untuk kebaikan saudaranya, malaikat itu berkata “Amin”, Dan engkau akan mendapatkan yang serupa.” (Muslim: 48-Kitab adz-Dzikr wad Du’aa’, hlm. 88)



    Jika sakit yang Kurasa Ini Adalah balasan atas segala kesalahanku, atau Ujian untuk mendapatkan Redha-Mu.. Ya Allah, sesungguhnya Aku Ikhlaskan hati ini untuk terus disakiti hingga kuraih indahnya syurga-Mu, nikmatnya Jannah-Mu..


    by Ana Farhana
    22/7/2011, 1:43am

    Thursday, July 21, 2011

    sabarlah wahai hati...Tenanglah wahai jiwa...Kuatkan dirimu wahai ana farhana~



    "Cinta Allah tidak terkira, cinta Rasul membawa Islam kepada semua, cintaku pula berjuang untuk Pencipta, Sang Pencipta yang mencipta rasa cinta"

    Bismillahirahmanirahim~

    Jiwa-jiwa yang terlalu ingin untuk mendengar kata-kata pujukan… . Kerana hati yang penat untuk bertindak dan berperasan ekstrim. Sudah terlalu banyak perkara yang mengecewakan sehingga bisa meragut pergi rasa tenang di hati. Kata-kata yang ditunggu oleh hati-hati ini adalah bersifat doa dan pujukan.

    Tatkala ada banyak hati yang terluka. Terlalu penat untuk merawat satu persatu. Kerana di antara hati-hati yang terluka itu, terdapat juga hatiku. Ingin sekali lemas dibawa arus emosi dan juga amarah. Tetapi mengenangkan hati-hati yang lain mungkin lebih parah dan dalam lukanya, maka tak salah rasanya untuk menjadi kuat untuk seketika.

    Biarkan sahaja hati yang sedih itu dirawat dengan sejuknya ayat-ayat al-Quran dan beningnya zikrullah. Dibalut rapi dengan selawat pada nabi. Dibelai lembut dengan doa dan harapan. Moga hati-hati yang terluka menjadi sihat dan bersih selepas ini. Kerana dugaan Allah hadir bersama hikmah. Buat hamba-hamba kesayanganNya….

    subhanallah...kerdilnya diri ini..Ya Allah, lapangkanlah dadaku dari rasa ini...Kuatkan hatiku serta penuhi ia dengan iman...

    Wahai hati, bersihkanlah dirimu agar aku melihatmu putih berseri, tiada palitan kekotoran. Buangkanlah segala prasangka, iri hati dan segala yang kurang baik. Aku mengharapkan wahai hatiku, engkau boleh membawaku ke syurgaNya.

    wahai hati...Belajarlah untuk menghargai kerana ia akan datang dengan rasa bersyukur..Biar Allah yang hitungkan segalanya...Jalankan kewajipanmu..Teguhkan imanmu,kerana percayalah, sinar itu pasti akan kembali~

    Peganglah kata-kata Allah, engkau pasti tidak akan kecewa...Janji Allah itu pasti...InsyaAllah...Bukan mudah untuk istiqamah..tp akan jua diri ini kuat untuk menjadi muslimah sejati..Amien~ Amien~ Amien Ya Rabb~ Jauhkan dan lindungilah diriku ini Ya Allah dari dibelenggu nafsu yang tidak terduga~

    wahai jiwa, janganlah bersedih dan berduka..kerana Allah itu sentiasa ada..jika kamu masih merasa sepi dan sunyi..sebenarnya DIA sudah berada dlm jiwa iaitu kamu...DIA menunggu kita untuk berbicara dan merintih dihadapanNYA..berkatalah sentiasa denganNYA..kerana itu mula lafaznya "TIADA" Tuhan selain Allah..kerana bukankah sepi dan sunyi itu bermaksud "TIADA".


    Ya Allah, hati ini sakit..
    sembuhkanlah..
    Ya Allah, diri ini berdosa..
    ampunkanlah..
    Ya Allah, jiwa ini kosong..
    bimbingilah..

    الذين ءامنوا وتطمئن قلوبهم بذكر الله ألا بذكر الله تطمئن القلوب

    (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (13:28)

    InsyaAllah~


    "Bersungguh-sungguhlah dengan kehinaanmu, nescaya Dia menolongMu dengan kemuliaanNya.. Bersungguh-sungguhlah dengan ketidakberdayaanMu, nescaya Dia menolongMu dengan kekuasaanNya.. Bersungguh-sungguhlah dengan kelemahanMu, nescaya Dia menolongMu dengan kekuatanNya.." (Ibn Athaillah)


    Monolog Hatiku:

    Jika hari ini aku ditipu daya, ingatlah wahai kamu..Allah itu ada...Jika hari ini aku masih lagi diperbodohkan oleh kamu,...Ingatlah, Allah itu Maha Melihat...Jika hari ini aku masih dilukai seperti semalam..ingatlah..Allah itu Maha Mengetahui...Jika hari ini aku masih kecewa kerana perbuatanmu terhadapku...Ingatlah,,Allah itu sentiasa ada untuk melindungi diriku...dan Ya Allah, aku serahkan semuanya padaMU untuk segalanya..Hanya kasihMU dan Perhatian dariMU yang aku dambakan~


    Ya Allah, aku tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang KAU amanahkan kepadaku, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah aku untuk melaksanakannya! Ya Allah,aku tidak mampu memelihara diri aku dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diriku dari keterjerumusan itu! Ya Allah, bantulah aku untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu yang solehah!



    by Ana Farhana

    Monday, July 18, 2011

    syukur padaMU Ya Rabb~






    Assalamualaikum~ :)

    subhanallah...akhirnya~ :) hee..Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhamdulillah....Syukur padaMU Ya Rabb~! :D

    walau penat..walau letih...ana cuba sedaya upaya...InsyaAllah...buat yang terbaik...dan lepas tu serahkan semuanya pada Allah~ :) Yups...skang ni, ana lebih berserah pd Allah..dalam apa jua...Tanggungjawab ana ialah buat yg terbaik...wahai ana farhana chayok~!!

    amien~!! amien~!! amien Ya Rabb~!! terima ksh sbb doakan ana yek~ pasal jodoh tu..InsyaAllah...kalau ada dgn dia..ade la.. :) lgpn, ana nk lebih fokus dgn apa yang patut,,,yang da lepas tu..biarkan lepas..hanya doa yang mampu ana kirimkan...semoga ia akan halal dimata dunia dan juga akhirat..InsyaAllah~! :)) Hanya redhaNYA yang ana dambakan sekarang nie...semoga percintaan yang didamba lebih bahagia kelak~ amien~!! :) (walaupun dgn org lain skalipn..InsyaAllah..Apa yg Allah da tetapkn itu yg terbaik buat kita.. )

    wahai PETRONAS...terimalah diriku ini seadanya~ :P heeee... segan lak bler da smpai sini...kat sini,smua pndai2...ana sorng je yg ber'Diploma' ..kerdil rasa diri ini...Tp xper..mgkin ade hikmahnye... Gambatte wahai ana farhana~!!! xlupe juga kepada shbat ana..Nurfarahin...ana syg kamu~!! hee :)) sme2 kite berusaha ye kt PETRONAScarigali nie...Terengganu...sy ske kamu~ :)



    shabat2 ana yg tgh prktikal tu...kak fiza,mekya,wann,shafiza,ajie,,,bertahan yek..hehee....kepada kak ecah,syakirin,kak awin,,,berusaha taw...rose xder nk teman kamu2 smua stdy...tp xper...sy serahkan kamu semua kat Allah... semoga Allah lindungi kamu semua...sy syg kamu dunia akhirat~


    Monolog Hatiku: Ya Allah...Lindungilah org2 yang aku sayangi...aku serahkn mereka semua padaMU Ya Allah...Jngan lepaskn pndanganMU terhadap mereka..sesungguhnya aku jauh dr mereka...kepada suamiku...Aku hanya cinta kamu...Cinta lepas kawin itu indah.. :) ...ana tnggu smpai ia halal buat kita.,..InsyaAllah...


    by: Ana Farhana
    18/07/2011