Tuesday, July 5, 2011

kerinduan menggamit sanubari~



Apabila kerinduan menggamit sanubari..semuanya bagaikan larva yang menutup semua ruang-ruang kosong agar diri tidak mampu untuk berdiri kembali...MasyaAllah~

semalam…….aku rindu

rindu pada ketawa mu

rindu pada gurau senda mu

rindu pada senyuman mu

rindu pada renungan mu

rindu pada wajah kasih mu

rindu pada suara ceria mu

rindu pada perhatian mu

rindu pada sokongan mu

rindu pada kematangan mu

rindu pada ketegasan mu

rindu pada cerita-cerita mu

rindu pada kisah kenangan kita



Monolog Hatiku:


sering kali rindu itu datang….sering kali itu aku menidakkan…menafikan sekeras-keras nye..mengawal agar tidak terlepas tingkah dan bicara….namun seringkali ia nya berjaya menewaskan jiwa ku…seperti ombak tanpa jemu menghempas pantai….membawa sisa di pesisir pasir….meratah rakus tanpa belas kasihan….

tapi aku bukan ombak itu….yang kadang membisu, kadang tenang,kadang ganas…..lantas aku perlu memilih di antara menyembunyikan rasa atau tidak…dan aku memilih menyatakan kala ia tidak terbendung lagi…..kala ia tidak tertahan lagi…tanda kasih dan sayang tulus ikhlas dari ku…

dan semalam…..aku serahkan rindu ku pada Tuhan Yang Satu….kerna perasaan ini hadir dengan izin Nya Yang Maha Pengasih…..kerna DIA memiliki jiwa ini….kerna DIA lebih mengerti dan memahami……dan paling penting,kerana DIA la penawar kerinduan ini…… :)


p/s: lupakan segalanya wahai hati~


by Ana Farhana