Friday, July 22, 2011

La Tahzan~!!

assalamualaikum....

La Tahzan wahai Ana Farhana~!

Jangan bersedih...Allah maha mendengar dan maha mengetahui segalanya...InsyaAllah...Biarlah apa yang dia atau orang lain nak cakap...Kau tahu dan Allah tahu segalanya...

Kuatkan hati ini Ya Allah, teguhkan iman ini Ya Allah..

walau kau lemah sekalipun, kau perlu kuat~! perlu~!! dan sgt perlu~!!

sungguh aku rapuh Ya Allah...Sungguh...

“Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya yang berputus asa itu adalah mereka yang kafir” Surah Yusuf ayat 87.

MasyaAllah...berhentilah wahai air mata...Jangan mengalir lagi...Cukuplah sampai sini shj...Mungkin ada hikmahnya..Janji Allah itu pasti....


Jangan bersedih, Allah Maha pengampun dan Maha penerima taubat
Jangan bersedih, setiap sesuatu telah ada qada dan qadarnya
Jangan bersedih, kerana kelapangan pasti datang
Jangan bersedih, kerana rahmat Allah melimpah ruah
Jangan bersedih, memaafkan orang yang menyakiti itu lebih baik
Jangan bersedih, masih banyak lagi nikmat yang ada pada diri kita
Jangan bersedih, dunia ini tidak layak ditangisi
Jangan bersedih, banyak cara untuk mengusir kesedihan
Jangan bersedih, anggaplah celaan orang itu sebagai angin yang lalu
Jangan bersedih , hinaan tidak selamanya buruk
Jangan bersedih, pilihan Allah adalah yang terbaik
Jangan bersedih, selagi anda masih boleh berbuat baik kepada orang lain
Jangan bersedih, keranan banyak lagi jalan untuk meringankan musibah
Jangan bersedih, masih ramai orang yang menyayangi anda
Jangan bersedih, kerana masih ada kehidupan lain
Jangan bersedih, tanyalah dirimu tentang hari ini, kemarin dan esok
Jangan bersedih, kesedihan boleh merosakkan badan dan akal fikiran
Jangan bersedih, kerana hidup ini bukan untuk bersedih
Jangan bersedih, selagi anda beriman kepada Allah
Jangan bersedih, segala yang ada di dunia ini tidaklah berharga
Jangan bersedih, nikmatilah apa yang anda miliki sekarang
Jangan bersedih, boleh jadi cubaan ini adalah anugerah
Jangan bersedih, kerana anda berbeza dengan orang lain
Jangan bersedih, terkadang kesulitan mengandungi manfaat
Jangan bersedih, kehidupan ini lebih singkat dari yang kita jangkakan
Jangan bersedih, kesedihan akan membuatkan musuh anda gembira
Jangan bersedih, hadapilah kenyataan walaupun pedih
Jangan bersedih, kerana...segalanya akan berakhir..insya-Allah


    وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ
    Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.
    Surat Ali Imran : Ayat 139

    monolog Hatiku:

    maafkan ana utk semuanya~ cuma satu je ana nak kamu tahu..Kamu xkan pernah jadi kawan ana...xkan...dan jangan ungkitkan tentang berkwan...ini kerana:

    “Aku mencintaimu kerana Allah”…

    Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …

    Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …

    Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu …

    Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …

    Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …

    Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …

    Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..

    Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …

    Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …

    Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …

    Ketika aku menjaga rahsiamu …

    Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan dan masa depan …

    Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …

    Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…

    Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….


    Maafkan ana sekali lagi...Ana xkuat macm kamu...Ana x tabah mcm kamu...tapi xper..Ana xpernah salahkan kamu...Sekali pn xpernah...Jangan pernah fikir yang bukan-bukan...bukan ana xnak tlg..tapi ana da buat sehabis baik..mungkin benar, kita xder jodoh..xpe..soal jodoh, bukan kita yg tntukan..ana serahkn semuanya pd DIA...ana da ikut apa yang kamu minta..Maaf sekali lg..Ana harap, kamu sntiasa dibawah rahmatnya kerana doa ana utk kamu akan sntiasa mengiringi...InsyaAllah...


    “Doanya seorang muslim untuk saudaranya yang tidak bersamanya pasti dikabulkan. Di dekat kepalanya ada malaikat yang menjaganya. Setiap kali ia berdoa untuk kebaikan saudaranya, malaikat itu berkata “Amin”, Dan engkau akan mendapatkan yang serupa.” (Muslim: 48-Kitab adz-Dzikr wad Du’aa’, hlm. 88)



    Jika sakit yang Kurasa Ini Adalah balasan atas segala kesalahanku, atau Ujian untuk mendapatkan Redha-Mu.. Ya Allah, sesungguhnya Aku Ikhlaskan hati ini untuk terus disakiti hingga kuraih indahnya syurga-Mu, nikmatnya Jannah-Mu..


    by Ana Farhana
    22/7/2011, 1:43am