Thursday, July 21, 2011

sabarlah wahai hati...Tenanglah wahai jiwa...Kuatkan dirimu wahai ana farhana~



"Cinta Allah tidak terkira, cinta Rasul membawa Islam kepada semua, cintaku pula berjuang untuk Pencipta, Sang Pencipta yang mencipta rasa cinta"

Bismillahirahmanirahim~

Jiwa-jiwa yang terlalu ingin untuk mendengar kata-kata pujukan… . Kerana hati yang penat untuk bertindak dan berperasan ekstrim. Sudah terlalu banyak perkara yang mengecewakan sehingga bisa meragut pergi rasa tenang di hati. Kata-kata yang ditunggu oleh hati-hati ini adalah bersifat doa dan pujukan.

Tatkala ada banyak hati yang terluka. Terlalu penat untuk merawat satu persatu. Kerana di antara hati-hati yang terluka itu, terdapat juga hatiku. Ingin sekali lemas dibawa arus emosi dan juga amarah. Tetapi mengenangkan hati-hati yang lain mungkin lebih parah dan dalam lukanya, maka tak salah rasanya untuk menjadi kuat untuk seketika.

Biarkan sahaja hati yang sedih itu dirawat dengan sejuknya ayat-ayat al-Quran dan beningnya zikrullah. Dibalut rapi dengan selawat pada nabi. Dibelai lembut dengan doa dan harapan. Moga hati-hati yang terluka menjadi sihat dan bersih selepas ini. Kerana dugaan Allah hadir bersama hikmah. Buat hamba-hamba kesayanganNya….

subhanallah...kerdilnya diri ini..Ya Allah, lapangkanlah dadaku dari rasa ini...Kuatkan hatiku serta penuhi ia dengan iman...

Wahai hati, bersihkanlah dirimu agar aku melihatmu putih berseri, tiada palitan kekotoran. Buangkanlah segala prasangka, iri hati dan segala yang kurang baik. Aku mengharapkan wahai hatiku, engkau boleh membawaku ke syurgaNya.

wahai hati...Belajarlah untuk menghargai kerana ia akan datang dengan rasa bersyukur..Biar Allah yang hitungkan segalanya...Jalankan kewajipanmu..Teguhkan imanmu,kerana percayalah, sinar itu pasti akan kembali~

Peganglah kata-kata Allah, engkau pasti tidak akan kecewa...Janji Allah itu pasti...InsyaAllah...Bukan mudah untuk istiqamah..tp akan jua diri ini kuat untuk menjadi muslimah sejati..Amien~ Amien~ Amien Ya Rabb~ Jauhkan dan lindungilah diriku ini Ya Allah dari dibelenggu nafsu yang tidak terduga~

wahai jiwa, janganlah bersedih dan berduka..kerana Allah itu sentiasa ada..jika kamu masih merasa sepi dan sunyi..sebenarnya DIA sudah berada dlm jiwa iaitu kamu...DIA menunggu kita untuk berbicara dan merintih dihadapanNYA..berkatalah sentiasa denganNYA..kerana itu mula lafaznya "TIADA" Tuhan selain Allah..kerana bukankah sepi dan sunyi itu bermaksud "TIADA".


Ya Allah, hati ini sakit..
sembuhkanlah..
Ya Allah, diri ini berdosa..
ampunkanlah..
Ya Allah, jiwa ini kosong..
bimbingilah..

الذين ءامنوا وتطمئن قلوبهم بذكر الله ألا بذكر الله تطمئن القلوب

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (13:28)

InsyaAllah~


"Bersungguh-sungguhlah dengan kehinaanmu, nescaya Dia menolongMu dengan kemuliaanNya.. Bersungguh-sungguhlah dengan ketidakberdayaanMu, nescaya Dia menolongMu dengan kekuasaanNya.. Bersungguh-sungguhlah dengan kelemahanMu, nescaya Dia menolongMu dengan kekuatanNya.." (Ibn Athaillah)


Monolog Hatiku:

Jika hari ini aku ditipu daya, ingatlah wahai kamu..Allah itu ada...Jika hari ini aku masih lagi diperbodohkan oleh kamu,...Ingatlah, Allah itu Maha Melihat...Jika hari ini aku masih dilukai seperti semalam..ingatlah..Allah itu Maha Mengetahui...Jika hari ini aku masih kecewa kerana perbuatanmu terhadapku...Ingatlah,,Allah itu sentiasa ada untuk melindungi diriku...dan Ya Allah, aku serahkan semuanya padaMU untuk segalanya..Hanya kasihMU dan Perhatian dariMU yang aku dambakan~


Ya Allah, aku tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang KAU amanahkan kepadaku, melainkan dengan bantuanMu. Oleh itu, bantulah aku untuk melaksanakannya! Ya Allah,aku tidak mampu memelihara diri aku dari terjerumus ke dalam kemaksiatan kepadaMu, melainkan dengan pemeliharaanMu. Oleh itu, peliharalah diriku dari keterjerumusan itu! Ya Allah, bantulah aku untuk benar-benar menjadi HAMBA-Mu yang solehah!



by Ana Farhana