Thursday, September 29, 2011

Allah, kenapa wanita sering menangis?






Jwb-NYA:

Krn wanita itu unik, Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
KU lembutkan hatinya utk mberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mncintai anak2 dlm keadaan apa pun,
KU kuatkan batinnya utk ttp mnyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh org yg ia sayangi,wanita makhluk kuat,tapi jika satu saat dia mnangis itu krn
KU beri dia air mata utk mbasuh luka batin dan mberi kekuatan baru.

"WANITA..KAMU ISTIMEWA"





monolog hatiku:

Ucapkan syukur untuk setiap kegembiraan,kerana di situ Allah hadirkan kebahagiaan..
Ucapkan syukur untuk setiap penderitaan,kerana di situ Allah hadiahkan kesabaran
Minta dari Allah ketenangan hati & kedamaian jiwa,baik di saat bahagia mahupun ujian duka,kerana hanya hati yang tenang mampu tersenyum menyambut suka mahupun hiba yang berkunjung tiba

Ya ALLAH..
Ajarkan aku KEIKHLASAN..
Ajarkan aku bagaimana MENERIMA..
Dan ajarkan aku tentang KELAPANGAN dada..
Ya ALLAH,jika dia ditakdirkn menjadi milikku dan jika dia pergi dariku..
Izinkan aku mampu MENAHAN diriku..
Saat diri pilu..jiwa terpukul dan terluka..ku yakin itu adalah UJIAN dariMU..
Redhakanlah Ya ALLAH jiwa ini atas segala keputusanMU..
Amin Ya Rabbal Alamin..

p/s buat kamu:

Luarannya aku tampak kuat, tabah, sentiasa tersenyum... Namun tiada siapa mendengar rintihan serta jeritan hatiku selain Kekasih Agungku...Pada saat aku benar-benar memerlukan teman untuk bicara, tiada siapa sudi melainkan diriNya... Pada aku memerlukan dahan untuk berpaut Dia dengan rela hati dan penuh kasih-sayang menghulurkan tanganNya padaku...Pada saat aku menangis tak berdaya, Dia kirimkan aku kalam agungNya... Dia tenangkan aku dengan ayat2cintaNya yang aku kira, cukup LUARBIASA..

Terima ksh utk segalanya~

Sometimes, you don't realize how much you care for someone until they stop caring for you.
Sometimes, you don't get it how much you love someone until they stop loving you.
Sometimes, you don't know how to be thankful while everything is front of you.
Sometimes, you just realize how worth giving a sacrifice while it's already too late for you..





ikhlas dari:

Saturday, September 24, 2011

Duhai kamu~

jika kamu memiliki seorang wanita yang baik,
tetapi kamu mengabaikannya,
maka binasalah dia,
jika kamu dianugerahkan seseorang yang kurang elok peribadinya,
tetapi kamu tidak pernah jemu menyucikan hatinya,
maka pasti kebahagiaan bersamamu kerana IMAN sentiasa bertambah & berkurang,
Sesungguhnya,
siapa dia hari ini tidak menggambarkan siapa dirinya hari esok



Jika cinta adalah kerinduan,
maka jadikanlah rindu ini dalam dzikir pada-Mu.
Jika cinta adalah perjuangan,
maka kobarkanlah semangat di dada kami.
Jika cinta adalah pengorbanan,
maka jadikan pengorbanan ini tidak sia-sia di sisi-Mu.
Jika cinta adalah air mata,
maka jadikan ia air mata taubat pada-Mu Ya Allah Ya Ilahi

Suatu hal yg cukup menyakitkan adalah ketika engkau mencintai seseorang & orang tersebut tak ada sedikitpun rasa untuk mencintaimu,
engkau pun sedih & menangis,
engkau terlupa bahawa masih ada Allah yang sangat mencintaimu,
Sebesar apapun cintamu pada-NYA lebih besar cinta-NYA padamu
Janganlah bersedih & janganlah gundah,
Allah akan selalu ada untukmu sahabatku,
Percayalah,
Ia akan memberikan yg terbaik untukmu


you come to love not by finding the perfect person,
but by seeing an imperfect person perfectly (=

Istikharah Di atas sejadah usang~

Aku berdo'a dengan penuh rasa kehambaan kepada-Mu untuk seorang Rajul
yang akan menjadi sebahagian dari hidupku
Seorang Rajul yang sungguh mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu
Seorang Rajul yang mencintaiku selepas mencintai-Mu, Rasul-Mu & Ibu bapanya
Seorang Rajul yang senantiasa merindui syahid di jalan-Mu
Seorang Rajul yang bakal mengkhitbahku semata-mata untuk menggapai Redha Ilahi

Seorang Rajul yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau
Seorang Rajul yang hidup bukan untuk dirinya sendiri & berusaha menjadikan sifat-sifatMu ada pada dirinya
Seorang Rajul mengetahui bagi siapa & untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia
Seorang Rajul yang memiliki hati yang bijak tidak hanya otak yang cerdas
Seorang Rajul yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku




Seorang Rajul yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika aku khilaf
Seorang Rajul yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku
Seorang Rajul yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu & situasi
Seorang Rajul yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku di sisinya
Seorang Rajul yang bakal mengimami dalam solat-solatku

Ya Allah Ya Rabbi
Tidak ku dambakan seorang Rajul yang sempurna,
namun seorang Rajul yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu
Seorang Rajul yang membutuhkan dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang Rajul yang membutuhkan doaku untuk kehidupannya
Seorang Rajul yang membutuhkan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seorang Rajul yang membutuhkan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna
Ya Allah Ya Ilahi
Dengan penuh rasa kehambaanku aku juga memohon
Buatlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikanlah aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku

Berikanlah sifat yang lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu
Berikanlah aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik & bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana,
mampu memberikan semangat serta mendukungnya setiap saat & tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bila mana akhirnya kami akan bertemu,
aku berharap kami berdua dapat mengatakan:

"Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna."

Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat & Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amiin ya Rabbal 'Alamin

kembalilah pada Tuhammu~




Mungkin,
dalam jauh perjalanan kita,
dalam banyak ruang yang telah kita pijak,
dalam hilai tawa yang telah kita ukirkan,
dalam banyak trofi kejayaan yang kita julang,
rupa-rupanya tetap juga kita rasa kesepian,
akhirnya mencari-cari bahasa rindu.

kita jadi tertanya,
bagaimanakah nikmat rindu itu?
rindu pada ibu dan ayah,
rindu pada isteri, suami, anak2, insan tersayang?
pada kampung halaman nan indah?

atau,
kita pernah merasa rindu pada tanah.

Tapi disebalik semua rindu itu,
bagaimana indahnya merindui Allah,
di mana dan bagaimana?
kerana barangkali rindu pada Nya,
telah sekian lama.. terabai.

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah kedalam syurga-Ku.”

(Surah Al-Fajr, ayat 27-30)



Friday, September 23, 2011

Jika ia sebuah C.I.N.T.A~





Jika ia sebuah cinta

ia tidak mendengar… namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak cantik namun sentiasa menarik.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.

Jika ia sebuah cinta...

ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni.

Jika ia sebuah cinta...

ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…

namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.

cik bear n cik ted.. =) Terima ksh shaheer~


Duhai kamu~ !!!


Jangan pernah menyentuh atau memberi harapan pada wanita jika kalian tidak berniat untuk melamarnya...

Jangan pernah menyentuh atau memberi harapan pada lelaki jika kalian berniat untuk melukakan hati beliau...

Jangan kau sentuh hati perempuan yg bukan mahram jika kau belum sedia menikahnya..


Monolog Hatiku:

Ana ingin menjadi wanita cantik itu...

Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…




Wednesday, September 21, 2011

Kita akan terus menyintainya tanpa Alasan~



DIA tidak akan mengambil sesuatu yang bukan milikmu kalau bukan untuk menggantikannya dengan yang lebih baik...

MasyaAllah~

Menyintai bukan bermakna memiliki

Perasaan adalah sesuatu yang sukar untuk dikawal dan diawasi...Kita akan terasa suatu perasaan yang membuak didalam dada...Sungguh indah kurniaan ilahi buat ciptaanNYA yang bernama manusia...Tiada makhluk lain yang dapat merasainya kecuali kita...

Mencintai seseorang bermakna kamu perlu menerima, didalam ketidak sempurnaan seseorang untuk mencari kesempurnaan antara kamu dan dia...

Mencintai seseorang juga memerlukan pengorbanan...Menyerahkan separuh dari rasa cinta untuk orang yang tidak pernah dijangka hadir dalam hidup kita...Tetapi cinta yang hakiki pastinya menjadi yang utama.,..Cinta ALLAH dan cinta Rasul-Nya...Cinta ibubapa tiada tandingnya didunia ini...

Dan secara tidak langsung...kita perlu sentiasa bersedia utk kecewa dalam meniti cinta manusia~

Kesudahan Rasa....

cintalah keranaNYA dan kamu pasti merasai nikmatnya cinta,
Tiada jiwa akan terluka..Tiada hati akan terseksa...
Seharusnya kita percaya, takdirnya terindah buat segala-galanya...

sekiranya kemahuan hati dan kehendak tidak sejajar,
pastinya akan hilang satu kisah cinta,
Terhenti dan tiada rasa,.

Percayalah..
Yakinlah...
DIA sedang mengatur yang lebih baik lagi..

Kalau kamu cinta dia keranaNYA...
kamu pasti redha dengan ketentuan-Nya...
menerima suratan dengan siapa akan kamu dipertemukan..
Mensyukuri nikmat-Nya walau bukan dengan insan idaman..
Asalkan sidia mencintai Allah...

Kita akan terus menyintainya tanpa alasan...
kerana menyintai itu tidak perlu ada sebab musababnya...
cinta itu hadir tanpa diundang
dan terkadang membuatkn hati tersenyum
dan menangis tanpa dipinta...

cintailah si dia dalam diam...
dari kejauhan dan penuh kesederhanaan...
InsyaAllah, segalanya akan terungkai kelak...
Dimana? Bila? Semua itu rahsia Allah...

Monolog Hatiku:

Tiada siapa pun didunia ini mahukan cintanya terputus ditengah jalan, tapi andai itu suratan ilahi, kita perlu percaya dan tabah dalam menghadapinya...InsyaALLAH...DIA tahu segalanya yang terbaik buat kita...

Tak perlu disoal dan dipertikaikan rasa cinta anugerah ALLAH ini...Biarkan ia bersemadi dijiwa...
Cuma satu, jika suatu masa nanti, ALLAH ambil kembali rasa cinta ini...Maafkanlah diriku kerana semua itu hanyalah pnjaman dari-Nya...

Sesungguhnya aku bersyukur kerana masih menikmati rasanya cinta ini...


16 septermber 2011 dan 17 september 2011
Melaka
=)

Terima Kasih Ya ALLAH~!
walau seketika, aku bersyukur...
Sungguh, rasa itu masih ada
semoga ia kekal keakhirnya
InsyaALLAH

by:






Tuesday, September 20, 2011

30 perkara tentang wanita~





1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana aoa yg dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

‎...BERSYUKUR .....

.....BERSABAR .....

.......IKHLAS .....

....TAWAKAL .....


Nampak begitu sukar..namun INDAH..Mudah diucapkan daripada dilakukn..bahkn trasa lbh bnyk mengorbankan dan memperjuangkan..

Monolog Hatiku: tidak perlu mencari yg sempurna tetapi terima seadanya agar ia sempurna dimata kita..InsyaALLAH~

p/s: setiap yg telah diberikan itu yang terbaik buat kita...berlapanglah dada kerana janji ALLAH itu pasti~ ♥ keep istiqamah

Tambahkan ilmu dan hikmahmu dalam hatiku supaya aku mampu menerima segala peristiwa sebagai tanda rahmatmu...

by:

Tuesday, September 13, 2011

Andai masih ada rindu~




Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta..

Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,

Ku tak bisa memejamkan rasa,

Saat ia nyata makin membara,

Membelah setiap pancaindera dan deria,

Hingga aku lemas dalam kemelutnya.

Tuhan..

Andai penantian ini ada jawapannya,

Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,

Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,

Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,

Iringilah Maluku berserta iman di dada,

Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.

Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,

Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,

Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,

Kerana aku insan yang tiada daya,

Maka bantulah aku melupakannya,

Jika itu takdirNYA..

Allah..

Andai masih ada rindu,

Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,

Kerana ketidakpastian itu mengganggu,

Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,

Aku tidak rela terusan terbelenggu,

Dalam pencarian permata berharga milikMU..

Amien.


Monolog hatiku:


Jika RINDU ini bertatah, aku HARAP biarlah untuk Allah. Andai rindu ini menarik RESAH kepadaMu, aku pasrah. Andai pencarian ini masih belum kutemui, Ya Allah.. damaikanlah hati. Biarlah resah menarik sepi. Biarlah kecewa meratap pergi. Biarlah KASIH mengikat diri. Ya Muhaimin kepadaMu aku mengadu hati. Serikanlah taman hati BUKAN pada fikirku tapi pada redhaMu.. aku RINDU padaMu..


27 Disember 2008

13 september 2009

23 November 2010

16 Januari 2011

16 Jun 2011



p/s:

Ketika awk menyakiti saya macam mana sekalipun.. saya membuka lebar2 pintu maaf untuk awak…Ketika awk memerlukan doa seseorang untuk kebahagiaan awk..saya sntsa mengingati awak pada setiap bisikan doa saya dan saya sentiasa tersenyum untuk kebahagiaan awk..awk tanya pada saya " kenapa awk terlalu baik pada saya " Jawab saya:" Allah telah hantar saya untuk awk..Jika Allah meminta saya utk menjaga dan menyayangi awk,insyaAllah saya akn melakukannya demi CINTA saya pd awk..♥ ^^

by: