Tuesday, September 13, 2011

Andai masih ada rindu~




Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta..

Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,

Ku tak bisa memejamkan rasa,

Saat ia nyata makin membara,

Membelah setiap pancaindera dan deria,

Hingga aku lemas dalam kemelutnya.

Tuhan..

Andai penantian ini ada jawapannya,

Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,

Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,

Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,

Iringilah Maluku berserta iman di dada,

Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.

Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,

Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,

Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,

Kerana aku insan yang tiada daya,

Maka bantulah aku melupakannya,

Jika itu takdirNYA..

Allah..

Andai masih ada rindu,

Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,

Kerana ketidakpastian itu mengganggu,

Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,

Aku tidak rela terusan terbelenggu,

Dalam pencarian permata berharga milikMU..

Amien.


Monolog hatiku:


Jika RINDU ini bertatah, aku HARAP biarlah untuk Allah. Andai rindu ini menarik RESAH kepadaMu, aku pasrah. Andai pencarian ini masih belum kutemui, Ya Allah.. damaikanlah hati. Biarlah resah menarik sepi. Biarlah kecewa meratap pergi. Biarlah KASIH mengikat diri. Ya Muhaimin kepadaMu aku mengadu hati. Serikanlah taman hati BUKAN pada fikirku tapi pada redhaMu.. aku RINDU padaMu..


27 Disember 2008

13 september 2009

23 November 2010

16 Januari 2011

16 Jun 2011



p/s:

Ketika awk menyakiti saya macam mana sekalipun.. saya membuka lebar2 pintu maaf untuk awak…Ketika awk memerlukan doa seseorang untuk kebahagiaan awk..saya sntsa mengingati awak pada setiap bisikan doa saya dan saya sentiasa tersenyum untuk kebahagiaan awk..awk tanya pada saya " kenapa awk terlalu baik pada saya " Jawab saya:" Allah telah hantar saya untuk awk..Jika Allah meminta saya utk menjaga dan menyayangi awk,insyaAllah saya akn melakukannya demi CINTA saya pd awk..♥ ^^

by: