Friday, September 23, 2011

Jika ia sebuah C.I.N.T.A~





Jika ia sebuah cinta

ia tidak mendengar… namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak cantik namun sentiasa menarik.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.

Jika ia sebuah cinta...

ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni.

Jika ia sebuah cinta...

ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.

Jika ia sebuah cinta

ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…

namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.

cik bear n cik ted.. =) Terima ksh shaheer~


Duhai kamu~ !!!


Jangan pernah menyentuh atau memberi harapan pada wanita jika kalian tidak berniat untuk melamarnya...

Jangan pernah menyentuh atau memberi harapan pada lelaki jika kalian berniat untuk melukakan hati beliau...

Jangan kau sentuh hati perempuan yg bukan mahram jika kau belum sedia menikahnya..


Monolog Hatiku:

Ana ingin menjadi wanita cantik itu...

Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…