Saturday, September 24, 2011

kembalilah pada Tuhammu~




Mungkin,
dalam jauh perjalanan kita,
dalam banyak ruang yang telah kita pijak,
dalam hilai tawa yang telah kita ukirkan,
dalam banyak trofi kejayaan yang kita julang,
rupa-rupanya tetap juga kita rasa kesepian,
akhirnya mencari-cari bahasa rindu.

kita jadi tertanya,
bagaimanakah nikmat rindu itu?
rindu pada ibu dan ayah,
rindu pada isteri, suami, anak2, insan tersayang?
pada kampung halaman nan indah?

atau,
kita pernah merasa rindu pada tanah.

Tapi disebalik semua rindu itu,
bagaimana indahnya merindui Allah,
di mana dan bagaimana?
kerana barangkali rindu pada Nya,
telah sekian lama.. terabai.

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah kedalam syurga-Ku.”

(Surah Al-Fajr, ayat 27-30)