Friday, October 28, 2011

JARAK itu memisahkan K.I.T.A



Tidak dapat ana nafikan fitrah sebagai manusia, memiliki perasaan untuk menyayangi serta disayangi.. Entah bila perasaan ini ALLAH campakkan didalam hati ana, ana sendiri tak dapat kesan..
MasyaALLAH~

"Dalam DIAM, Perasaan itu hadir dalam hatiku"

setiap kali perasaan itu hadir, setiap kali itu jua ana mengingatkan diri ana...Agar menjaga perasaan ini hanya untukmu...

Ana takut...
Takut andai perasaan ini melebihi cinta pada-NYA~
Ana khuatir..
Ana khuatir andai rindu yang ana pendam ini..
melebihi rndu ana utk bertemu dengan-NYA~

Cukuplah ana pendam sahaja perasaan ini..

=)

" Saat aku dan dia menJAUH"

Teringat tentang kenangan kami.
Disaat pertemuan itu, dalam keadaan yang tidak mengenali antara satu sama lain...
Tiba-tiba perasaan itu hadir menyelinap diantara persahabatan kami...
Sungguh kami tak perasaan~
Masih ana hairan,
bagaimana perasaan itu boleh hadir dan bercambah hingga ke hari ini..
malah semakin mekar dan tenang...
Sehingga ana sedar,
bahawa cinta ilahi perlu diUTAMAkan~

Ana dan dia tidak mahu terus bergelumang dengan cinta insani yang tidak pasti kesudahannya..
Oleh itu,
kami membiarkan JARAK memisahkan kami..
Biarlah 'JARAK' ini menjadi PENJAGA bagi ana dan dia...
Biarkan ingatan kami menjadi samar-samar..
dan dalam hati kami menjadi KUAT untuk mengejar cinta ilahi...
Agar hubungan kami kelak, kuat dalam redha-NYA..

Ana YAKIN~!!

jika tertulis jodoh antara kami di Luah Mahfuz,
sejauh mana ana dan dia berlari untuk menjauh...
Kami akan dipertemukan jua dalam kasihnya ilahi...
dalam kebenaran sucinya Cinta Ilahi...


"JARAK ini MENJAGA ana dan dia"

Kini, ana mengerti...
JARAK ini bukan untuk menghukum..
tetapi untuk menjaga ana dengan dia...

Dengan JARAK ini,
ana dan dia berjanji untuk MENJADI yang LEBIH BAIK...

Dengan JARAK ini,
kami akan memperbaiki cinta terhadap ilahi..

Dengan JARAK ini,
Ana dan dia berjanji untuk mencintai pencipta kami lebih dari segalanya~

Dengan JARAK ini jua,
Ana dan dia yakin andai tiba saatnya nanti,
Ana dan dia akan lebih bersedia dalam melayari bahtera ini dalam REDHAnya Ilahi~

ANDAI KAULAH JODOHKU YANG TERTULIS DI LUAH MAHFUZ..
ALLAH PASTI AKAN MENANAMKAN RASA CINTA ITU..
DALAM HATIKU JUA HATIMU..
ITU JANJI ALLAH~


Syukran Ya Rabb~
Kerana beri kami "JARAK" itu kepada ana dan dia....


"Ketahuilah, hanya dengan mengingati ALLAH...Hati akan menjadi TENANG.."
(Ar-Ra'd 13:28)


Cukuplah menyintai ALLAH sepenuh hatimu kerana dengan menyintai ALLAH, kau akan menyintaiku kerana-NYA..

CINTA itu akan lebih ABADI dan INDAH dari cinta biasa~

Moga dengan cinta itu, kita akan dipertemukan semula di SYURGA~

Ana cinta kamu wahai suamiku..
SELAMANYA...Insya-ALLAH~



Monolog Hatiku:

Semoga kamu jadi yang soleh dan ana yang solehah agar ada jodoh buat kita~
Amin...Amin Ya Rabb~

-SR-


Sekalipun CINTA telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.
Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.
Namun tanpa lidah,
CINTA ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya
Kata kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada CINTA
Dalam menguraikan CINTA, akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur
CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan

=)



By:


Monday, October 24, 2011

Ya Allah, tolong buang rasa cinta ini~



Janganlah Dikau Menganggap UJIAN itu sebagai TAMPARAN buatmu,
Tapi Anggaplah Ia Sebagai Suatu PENGAJARAN DariNya...

=)



Ya Allah, Tidak Ku Pinta Yang Menawan,
Tidak Ku Harap Yang Hartawan, Bukan Jua Kerna Kedudukan,
Cuma Ku Damba Insan Yang Sepadan..

InsyaALLAH~

Cinta itu anugerah ilahi wahai hati,
Lupakah kamu tentang janji ALLAH?
InsyaALLAH..
Jika benar dia adalah jawapan ISTIKHARAH mu,
Saat itu akan tiba..
DIA akan membongkar rahsia jodohmu kelak..
Bersabarlah wahai hati...

Cinta selepas Akad,,
Indahnya tidak terperi...
Cinta sampai syurga...
:))

Ya Allah..
Andainya dia BAIK untukku,
demi duniaku dan akhiratku,
Maka satukanlah kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dengan PERNIKAHAN,
Tapi andainya dia tidak baik demi duniaku dan akhiratku,
Maka pisahkanlah kami dalam istilah PERSAHABATAN dan persaudaraan Islam..
Ameen Allahumma Ameen..


Dalam Sujud panjangku padamu Ya Rabb,
Ku pinta sebuah HARAPAN,
Jadikan jawapan pada ISTIKHARAHKU ini,
ianya adalah sesuatu yang TERBAIK,
untuk diriku dan dirinya di dunia & akhirat..
Amin Ya Rahman,Amin Ya Rahim..Amin Ya Rabbal Alamin..



~*~*~*~*~*~~*~*~*~*~~*~*~~*~*~*~*~*~**~*~*~~*~**~*~*~*~~~**~*~~**~*~*~*~

Kadang2 kita MENANGIS atas KEHILANGAN sesuatu..
Mungkin seseorang yg MENGHARGAI kita serta membuatkan kita rasa ISTIMEWA sebelum ini,
tapi..
akhirnya tidak menghargai kewujudan kita lagi...
Jadi,Allah mendidik kita untuk BERSABAR atas kehilangan itu..
Mungkin siapa tahu, DIA akan MENGHADIAHKAN kita dengan PENGGANTI yang LEBIH BAIK
dari apa yang kita TANGISI atas kehilangan itu..
Maka,BERSABARLAH duhai HATI..

=)

Didiklah HATI untuk TABAH menerima TAKDIRNYA..
Mungkin KEPAHITAN yang kita lalui MASA kini,
Adalah TARBIAH dari PENCIPTA..
Kerana CHENTANYA kepada Kita,
Dia KIRIMKAN sekalung HADIAH berupa UJIAN Buat Kita..
Biarlah MANUSIA tidak lagi pedulikan DIRIMU,
Yang pasti,DIA sentiasa ADA buatmu..
SubahanAllah,,,
ku MENYINTAIMU Ya ALLAH..


TERUNTUKMU DUHAI CALON IMAMKU..


Izinkan aku mencintaimu kerana ALLAH
Ketika dirimu resah dalam menanti Kehadiranku,
berdoalah pada للّهُ" dan Mintalah hanya kepada-NYA
dan berusahalah karena aku hanya Insan tiada daya upaya dan للّهُ" pemilik Nyawaku.
Memohonlah pada Dia yg Berhak,
MIlikilah hatiku Dengan Izin للّهُ",
milikilah Cintaku karena-NYA,
Miliki diriku karana agama-NYa & MIlikilah Jiwaku Karana-NYA,
Sekiranya Dirimu Telah siap maka dapatilah aku Karana-NYA
dan akupun tetap Menantimu Dipelataran sejadah CintaNYA..



Pesananku buatmu~

♥♥ Bila ada yang sayang, JANGAN LUKAI HATINYA.
♥♥ Bila ada yang cinta , JANGAN KAMU TITISKAN AIR MATANYA.
♥♥ Bila ada yang menanti , PASTIKAN KAMU KEMBALI.
♥♥ Bila ada yang setia, LAKUKAN YANG SAMA.
♥♥ Bila dia pergi, PERGILAH KEJAR DIA SLAGI MERASA DIA BEERTI.
-> Kerana bila dia tiada di sisi , KAMU AKAN SUNYI DAN SEPI


by:

Sunday, October 23, 2011

Jangan Bersedih wahai diri~

Wahai hati,
Jangan Bersedih~
Adakah kerana dirimu belum ada kekasih?
Tiada yang menemani dikala kesedihan?
Sepatutnya hatimu bersyukur dan gembira...
Kerana istilah kekasih belum ada dalam agama islam yang indah ini..
Bersyukurlah...
kerana si kekasih hanya akan mendorong kamu kelembah maksiat..
Senyumlah..
Kerana ALLAH telah menyelamatkanmu dari kekasih yang tidak halal buat dirimu..
Ingatlah wahai hati..
Allah sentiasa bersamamu...
Semoga ALLAH sentiasa memeliharamu wahai hatiku~

Ya Rabb...
Saat aku menyukai seseorang ..
Ingatkanlah aku akan ada akhir agar aku tetap bersama yg tidak pernah berakhir.
Jika aku hendak mencintai seseorang, temukanlah aku dgn orang yg mencintai-MU
Agar bertambah kuat cintaku pada-MU.
Ketika aku sdg jatuh cinta jagalah cinta itu agar tidak melebihi cintaku pada-MU.
Ketika aku berucap aku cinta padamu biarlah ku katakan pada yg hatinya tertaut pada-MU..
Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan kerana-MU.

Amin..


Tidak mahukah kamu dengan lelaki yang akan menjadi imam kepadamu setiap tibanya waktu solat?
Tidak mahukah kamu mendengar alunan azan yang merdu dan syahdu menyapa telinga anakmu yang baru dilahirkan?
Tidak mahukah kamu dengan lelaki yang menjadi ayah yang lemah lembut kepada anak-anakmu?
Tidak mahukah kamu dengan lelaki yang sentiasa ada dan menemanimu disetiap langkahmu?

Sungguh,
Janji ALLAH itu P.A.S.T.I~!
"Perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik"
Untuk dapat yang soleh, kita perlu jadi yang solehah..


dan bila ada yang bertanya..Jangan bersedih tetapi jawablah dengan tenang...

"Bila nak kahwin?"
✔ InsyaALLAH~

Kenapa Lambat?
✔ Kerana Allah tahu masa yg terbaik utk ku.

Dah Berpunya?
✔ Ya. Kerana setiap org telah ditetapkan jodoh masing-masing.

Siapa?
✔ Nanti Allah akan perkenalkan kepada ku.

Bila?
✔ Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urusku nanti.




Doaku~

Ya Rabb,
Jika ada 2 pilihan & diantaranya adalah dia,
tentu aku akan memilihnya
Jika adg 10 pilihan & diantaranya adalah dia,
tentu aku akan memilihnyaJika ada 100 pilihan & diantaranya adalah dia,
tentu aku akan memilihnyaDan jika hanya ada 1 pilihan & tidak ada dia dalam pilihan itu
Maka, aku pun akan menerimanya sbg PMBERIAN TRBAIK dari-Mu
Buatlah aku mencintai pilihan yang Kau berikan
Buatlah aku setia pada pilihanMu
Buatlah aku menyayangi pilihan yang Kau amanahkan..


Monolog Hatiku:

Ana sentiasa menerima takdirnya Ilahi,
Jodohku.....
Memilihmu sebagai penghias hati bukanlah semudah yang di sangka,
Agar engkau dapat menjadi imam buatku, itu adalah harapanku,
Namun sungguh terlalu sukar memilih PERMATA di tengah celahan KACA yg berserakan.
Duhai Jodohku...bantulah aku menemukanmu dalam sujud panjang istikharahmu malam ini..
Ana tahu, istikharah ini
Akan terjawab jua~ :)

Ku hanya bisa menyanyangimu dalam diam,Ku brusaha menjauhimu,bkn brerti membencimu,cukuplah Allah mengetahui seberapa besar rasa yg ada didalam hati ini utk dirimu & hanya ALLAH lah yg punya hak menghalalkan rasa ini. Ana cinta kamu dari kejauhan dgn penuh keserderhanaan..Semoga ia halal dimata dunia dan jua akhirat..
I-Allah~ =) Amin..Amin Ya Rabb~


♥ SR ♥

=)


Truly from the bottom of my heart:

Sunday, October 16, 2011

I LEAVE HIM FOR THE SAKE OF ALLAH :)






Aku minta BERPISAH bukanlah kerana aku MEMBENCI,cuma aku bimbang kau bukanlah UNTUKKU..kau bukanlah JODOHKU dan diakhirnya kita MENYESALI masa yang terbuang dan SIA-SIA,yang akan berakhir dengan KEKECEWAAN dan yang lebih aku bimbangkan ianya berakhir dengan KEMURKAAN Allah..


Aku tidak pernah ragu dengan janjinya ILAHI... :)



Jika benar istikharahku ini datangnya dari ALLAH, tunggulah masanya akan tiba..
dan pastinya aku akan tetap menjadi milikmu..



mengenalimu 1 kebetulan
merinduimu 1 kajaiban
mengingatimu 1 kemestian
menyanyangimu 1 keikhlasan
melupaimu 1 yg x mungkinku lakukan...

Jadi, jangan berfikir tindakan diriku itu untuk MELUPAKAN dirimu...
Aku cuma ingin membuat persediaan utk menjadi yg solehah agar Redha Ilahi itu smpai syurga~


Duhai kamu,

Allah tidak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, kejayaan tanpa perjuangan. Tapi Allah janjikan KEMUDAHAN bersama kesulitan, RAHMAT dalam ujian, GANJARAN buat kesabaran, KETEGUHAN dalam perjuangan.. Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan??


Doaku:

Ya Allah, Jadikan aku solehah dan diriya yang soleh agar ada jodoh buat kami~

:))



CINTA..

Tak mengapa saat ini kita jauh,

karena kelak Allah yang akan menyatukan kita dalam ikatan sucinya..

Karena itu jauh lebih berarti..

Jauh lebih abadi..

Karena ku yakin..

Janji Allah adalah pasti,

WANITA yang baik untuk LELAKI yang baik..

Seperti inilah ku mencintaimu..

Dengan menjaga kesucian diri, jiwa, dan hatiku..

Hanya untuk ku persembahkan padamu kelak..

Oleh karena itu cinta..

Jaga ''KESUCIAN CINTAMU'' juga hanya untukku..

Yaa Rabb..

pada-Mu ku titipkan CINTAKU padanya..


Khas utkmu:

"aku mencintai-Mu ya Allah, hadirkanlah insan yang juga mencintai-Mu kepadaku agar bertambah cintaku pada-Mu.." amin..

I hope,someone special that HE said is YOU~
Papa kepada Cik Bear & Cik Ted..
InsyaALLAH :))


Friday, October 14, 2011

Andainya lelaki tahu..


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda :)

Andainya lelaki tahu semuanya...
Adakah dia akan tetap melukakan hati wanita yg menyayanginya dan menyintainya setulus hati?

by:

Friday, October 7, 2011

Jaga Aku Ya Rabb~



"Ku lihat ramai gadis cantik, gadis manja, gadis comel, gadis kaya, gadis bertudung, gadis baik dan bermacam-macam gadis di laman sosial mahupun dunia nyata, namun tidak ku terpikat pada mereka.. Ku lihat seorang gadis yang menjaga agama dan memegang erat iman dalam hatinya dan ku lihat dia malu menunjukkan tentang dirinya pada dunia sosial dan dunia nyata.. Aku jatuh cinta..."

(bicara seorang muslimin)

:::: :::::: :::::: :::::: :::::: :::::: :::::


Aku hanyalah manusia biasa..Yang mempunyai segudang kelemahan, segudang kekurangan, segudang keresahan..Yang mempunyai perasaan biasa… Yang terkadang tidak terkawal, hilang kesabaran, dikuasai emosi dan nafsu amarah, kadang merasa kecewa dan sulit menerima kenyataan yang tidak seindah harapan.. Yang kadang merasa kesal, marah dan menangis...



Allah.. jangan bebankan sesuatu yang tak sanggup aku memikulnya
jangan beri aku perasaan yang tak mampu aku memahaminya
jangan gelapkan mata ku pada mimpi yang tak mugkin aku mencapainya
hanya pada MU Allah.. aku berserah..
untuk tiap doa dalam alunan malam ku


jaga aku ya Rabb.

:::: :::::: :::::: :::::: :::::: :::::: :::::


by: