Friday, October 28, 2011

JARAK itu memisahkan K.I.T.A



Tidak dapat ana nafikan fitrah sebagai manusia, memiliki perasaan untuk menyayangi serta disayangi.. Entah bila perasaan ini ALLAH campakkan didalam hati ana, ana sendiri tak dapat kesan..
MasyaALLAH~

"Dalam DIAM, Perasaan itu hadir dalam hatiku"

setiap kali perasaan itu hadir, setiap kali itu jua ana mengingatkan diri ana...Agar menjaga perasaan ini hanya untukmu...

Ana takut...
Takut andai perasaan ini melebihi cinta pada-NYA~
Ana khuatir..
Ana khuatir andai rindu yang ana pendam ini..
melebihi rndu ana utk bertemu dengan-NYA~

Cukuplah ana pendam sahaja perasaan ini..

=)

" Saat aku dan dia menJAUH"

Teringat tentang kenangan kami.
Disaat pertemuan itu, dalam keadaan yang tidak mengenali antara satu sama lain...
Tiba-tiba perasaan itu hadir menyelinap diantara persahabatan kami...
Sungguh kami tak perasaan~
Masih ana hairan,
bagaimana perasaan itu boleh hadir dan bercambah hingga ke hari ini..
malah semakin mekar dan tenang...
Sehingga ana sedar,
bahawa cinta ilahi perlu diUTAMAkan~

Ana dan dia tidak mahu terus bergelumang dengan cinta insani yang tidak pasti kesudahannya..
Oleh itu,
kami membiarkan JARAK memisahkan kami..
Biarlah 'JARAK' ini menjadi PENJAGA bagi ana dan dia...
Biarkan ingatan kami menjadi samar-samar..
dan dalam hati kami menjadi KUAT untuk mengejar cinta ilahi...
Agar hubungan kami kelak, kuat dalam redha-NYA..

Ana YAKIN~!!

jika tertulis jodoh antara kami di Luah Mahfuz,
sejauh mana ana dan dia berlari untuk menjauh...
Kami akan dipertemukan jua dalam kasihnya ilahi...
dalam kebenaran sucinya Cinta Ilahi...


"JARAK ini MENJAGA ana dan dia"

Kini, ana mengerti...
JARAK ini bukan untuk menghukum..
tetapi untuk menjaga ana dengan dia...

Dengan JARAK ini,
ana dan dia berjanji untuk MENJADI yang LEBIH BAIK...

Dengan JARAK ini,
kami akan memperbaiki cinta terhadap ilahi..

Dengan JARAK ini,
Ana dan dia berjanji untuk mencintai pencipta kami lebih dari segalanya~

Dengan JARAK ini jua,
Ana dan dia yakin andai tiba saatnya nanti,
Ana dan dia akan lebih bersedia dalam melayari bahtera ini dalam REDHAnya Ilahi~

ANDAI KAULAH JODOHKU YANG TERTULIS DI LUAH MAHFUZ..
ALLAH PASTI AKAN MENANAMKAN RASA CINTA ITU..
DALAM HATIKU JUA HATIMU..
ITU JANJI ALLAH~


Syukran Ya Rabb~
Kerana beri kami "JARAK" itu kepada ana dan dia....


"Ketahuilah, hanya dengan mengingati ALLAH...Hati akan menjadi TENANG.."
(Ar-Ra'd 13:28)


Cukuplah menyintai ALLAH sepenuh hatimu kerana dengan menyintai ALLAH, kau akan menyintaiku kerana-NYA..

CINTA itu akan lebih ABADI dan INDAH dari cinta biasa~

Moga dengan cinta itu, kita akan dipertemukan semula di SYURGA~

Ana cinta kamu wahai suamiku..
SELAMANYA...Insya-ALLAH~



Monolog Hatiku:

Semoga kamu jadi yang soleh dan ana yang solehah agar ada jodoh buat kita~
Amin...Amin Ya Rabb~

-SR-


Sekalipun CINTA telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.
Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.
Namun tanpa lidah,
CINTA ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya
Kata kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada CINTA
Dalam menguraikan CINTA, akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur
CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan

=)



By: