Monday, December 12, 2011

ღ Duhai Adam......






ღ Duhai Adam......
ketahuilah bahawasanya..


ღ ketika wanita menangis..,
bukan bererti dia tidak berusaha menahannya..,
melainkan kerana pertahanannya sudah tidak mampu lagi membendung airmata..,


ღ ketika wanita menangis,..
bukan bererti dia ingin mencari perhatian,..
melainkan kerana hatinya tidak terdaya untuk menanggung kesedihan,..


ღ ketika wanita menangis..,
bukan kerana dia ingin dilihat lemah...
melainkan kerana dia tidak sanggup lagi berpura-pura kuat,..


ღ ketika wanita menangis..,
bukan bererti dia ingin membuat orang rasa bersalah..,
melainkan kerana dia sendiri tidak tahu apa yang membuat dia sedih..


ღ ketika wanita menangis,..
janganlah engkau menganggap mereka lemah,..
kerana engaku juga yang menyebabkan airmata itu mengalir..


ღ Renung2kanlah duhai adam..
Hargailah wanita yang berada di sisimu..
Jangan sesekali engkau lukai hatinya!!



Monolog Hatiku:

bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang mencipta segalanya,
yang menimpakan uijan,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuat keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,

pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,

bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,

retaknya hatimu,

tapi mungkin itulah yang Allah mahukan kerana Allah tahu hati yang sebeginilah lebih mudah lunak dan mudah dekat dan akrab denganNya...




Subhanallah~ ♥



Doaku:

Ya Allah…
Aku tidak meminta seorang yang sempurna,
namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya menjadi sempurna di mataMu
Seorang yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang yang memerlukan doaku untuk kehidupannya

Seorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya

Seorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna..

InsyaAllah aku akan mencintainya dengan cara yang sempurna walaupun aku bukan insan
yang sempurna...

Amin ya Rabbal alamin..



ikhlas: