Saturday, February 4, 2012

kuatkan jiwa~ part 1 versi pendek.. :)



Allah sayangkan kita maka dijentik dengan sedikit ujian. Justeru saat Allah berbicara dengan kita tentang sabar dan ikhlas lewat ujian dan musibah dari-Nya, maka cubalah untuk mengerti dan menerimanya. Bila Hati mula berbisik, inilah ujian! Maka lafazkanlah; ‘La hawla wala quwwata illa billah, Allahumma sabbarni kama sabbarta ulul azmi minarrasul’.

~ Ya Allah, gantikan dengan yang lebih baik daripada musibah ini.~

~Jika ketenangan dan keredhaan-Nya yang dicari, Allah akan terus uji hati kita. Hingga pada satu masa kita akan rasa indahnya tawakkal kepada-Nya, dan itulah nikmat dalam jagaan-Nya.~

Sahabatku, cubaan yg terberat dalam hidup kita datangnya dari orang yang kita cintai, kerana Allah melatih kesabaran kita melalui orang-orang yang kita cintai. Maka cintailah kerana Allah. "Orang yang saling mencintai, kamarnya di syurga nanti terlihat seperti bintang yang muncul dari timur atau bintang barat yang berpijar. Lalu ada yang bertanya, 'Siapa mereka itu?' Mereka itu adalah orang yang mencintai kerana Allah ‘Azzawajalla". (HR. Ahmad)


pesenan kepada kamu:

Baca ni, dengan penuh perasaan ya! ~~ ^_^ ~~

Lelaki... Jangan ungkit apa-apa dengan wanita, kerana wanita akan balas dengan ungkitan yang lebih banyak. Kamu harus tahu, wanita 'PENGINGAT PERISTIWA' yang terbaik. "Tanggal 13september 2009, awak pernah cakap begini kepada saya dan berjanji begini kepada saya. Jangan sangka saya sudah lupa hal itu okey...".

Senyum... ^_^ Peace no War!



by: