Monday, May 5, 2014

seringkali


Aku pernah lupa bagaimana caranya untuk mencintai. 

Dan kau mengingatkanku, 

dengan tanpa lelah mencuba untuk memahami



*****************************************************************


Seringkali kukatakan aku tidak peduli.

Seringkali juga kukatakan aku ingin pergi.

Padahal.

Akulah wanita yang paling ingin dimengerti.

Akulah wanita yang paling ingin kau kejar kembali.


Friday, May 2, 2014

Untuk 'kamu'.

[Pada akhirnya aku tetap memilih kamu]

Aku pernah begitu marah padamu, menganggap bahawa perjuangan ini begitu susah, sampai kamu enggan melangkah.

Aku pernah cuba berlari jauh darimu, kerana merasa mendekat itu membuat hatiku semakin sesak dan resah.

Aku pernah tidak mendengarkan hatiku, menganggap bahawa sudah waktunya untuk 'logika' menang dan menjadi juara.

Aku pernah merasa kalah, kerana ternyata aku membohongi hatiku dan itu memang sungguh lelah.

Aku pernah berada dalam titik terendah ketika mencintaimu, menganggap mungkin sudah waktunya untukku benar-benar melangkah. Pergi dan pergi, tanpa berniat kembali lagi.

Namun ternyata.

Tetap saja hatiku memilih kamu pada akhirnya. Kupilih untuk berpatah pulang. Kurasa ada yang berbicara lebih jelas dari sebelumnya. Kurasa cinta menjadi pemenangnya.

Tak perlu memintaku berjanji. Kerana cinta yang benar, ia harus setia tanpa pernah dipinta.

Jujurnya, mencintaimu dengan sederhana, memang tak pernah cukup satu kali. Aku mencintaimu hari ini, setiap hari, sama seperti aku mencintaimu pertama kali. 



Ya Allah,
Seandainya rindu ini suci maka terbitkanlah,
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah,
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah,
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah.
Kudambakan keredhaanMu..