Wednesday, December 26, 2012

Aku tinggalkan kamu kerana Allah


Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku ke jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?

Aduhai ikhwan
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.
Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku.

Aduhai ikhwat
Maafkan aku
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.
Jemput diriku apabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita.

Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,
Oleh itu,
Aku tinggalkan dirimu pada-Nya


Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.


Yakinlah pada janji Allah!


Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
(An-Nur:26)


Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata

Yakinlah!

Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.


Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
(Ad dhuha:4/5)

Beruntunglah kamu!
Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.


Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
(As Syams:8-10)


Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:

"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
(al-Fussilat: 30)

Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti.

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(al-Fussilat: 36)

Kamu dan aku adalah intan terpilih,
Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya,
Sentiasa.



Monolog hatiku : setiap kali diri lemah, benda lepas mula datang mengaburi malam hari, ku istighfar kepadaMu dan saat itu Kau hadiahkan dirini dengan nota ini,supaya diriku mampu berdiri dengan senyuman...

Monday, December 24, 2012

YA Rabb~



cacatan dan penulisan ini bukan kerana nama
Nama tidak menjamin redha robbuna
Penulisan ini tidak kerana harta..
Lagilah harta ini tidak menjamin ke syurga
Bukan juga kerana terpaksa..
kerana paksa itu bukan sifat Habibullah..
Ini bukan kerana sesiapa
kerana sesiapa bukan sebab utama
Penulisan ini kerana Allah
kerana Redha_Nya kunci kejayaan dunia
gerbang menuju Jannah_Nya~
Ajarilah kami memberi sebelum kami meminta
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam bicara
tenang dalam gundah
diam ketika emosi melanda..
bersabar dalam setiap ujian_Nya
Jadikan kami selembut Abu Bakar As-Siddiq
Sebijak Umar Bin Al-Khattab
Sedermawan Uthman bin Affan
Sepintar Ali Bin Abi Talib
Sesederhana bilal dan setegar Khalid bin Walid
Amin Ya rabbalalamin..
Ambillah hikmah walaupun dari cubitan malu & kehinaan~