Monday, May 5, 2014

seringkali


Aku pernah lupa bagaimana caranya untuk mencintai. 

Dan kau mengingatkanku, 

dengan tanpa lelah mencuba untuk memahami



*****************************************************************


Seringkali kukatakan aku tidak peduli.

Seringkali juga kukatakan aku ingin pergi.

Padahal.

Akulah wanita yang paling ingin dimengerti.

Akulah wanita yang paling ingin kau kejar kembali.


Friday, May 2, 2014

Untuk 'kamu'.

[Pada akhirnya aku tetap memilih kamu]

Aku pernah begitu marah padamu, menganggap bahawa perjuangan ini begitu susah, sampai kamu enggan melangkah.

Aku pernah cuba berlari jauh darimu, kerana merasa mendekat itu membuat hatiku semakin sesak dan resah.

Aku pernah tidak mendengarkan hatiku, menganggap bahawa sudah waktunya untuk 'logika' menang dan menjadi juara.

Aku pernah merasa kalah, kerana ternyata aku membohongi hatiku dan itu memang sungguh lelah.

Aku pernah berada dalam titik terendah ketika mencintaimu, menganggap mungkin sudah waktunya untukku benar-benar melangkah. Pergi dan pergi, tanpa berniat kembali lagi.

Namun ternyata.

Tetap saja hatiku memilih kamu pada akhirnya. Kupilih untuk berpatah pulang. Kurasa ada yang berbicara lebih jelas dari sebelumnya. Kurasa cinta menjadi pemenangnya.

Tak perlu memintaku berjanji. Kerana cinta yang benar, ia harus setia tanpa pernah dipinta.

Jujurnya, mencintaimu dengan sederhana, memang tak pernah cukup satu kali. Aku mencintaimu hari ini, setiap hari, sama seperti aku mencintaimu pertama kali. 



Ya Allah,
Seandainya rindu ini suci maka terbitkanlah,
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah,
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah,
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah.
Kudambakan keredhaanMu..

Friday, February 21, 2014

:: perempuan itu ::

Perempuan itu tidak rumit,
Ia cuma selalu gagal dalam hal-hal melupakan.
Sebab akalnya kurang.
Hatinya rapuh.

Dan perempuan itu,
kini sudah sempurna.
Dengan luka-luka semalam,
dan parut kelmarin.
Justeru menjadikan dia,
lebih indah dari sebelumnya. :')




P/s: Jom Jadi kuat~!!!

aku masih disini

Dan ingatkah?
Pernah aku khabarkan,
aku cuma gadis biasa,
yang masih bertatih mencari redha Dia.

Lalu biar aku akui,
bahawa aku mungkin bukan mawar berduri yang kau cari-cari,
harum dan berseri,
utuh memagari diri dan melukai tangai yang cuba menodai.

Tapi aku hanya teluki,
teluki yang tidak mewangi,
teluki yang tidak digemari,
teluki yang mungkin hanya mampu mengasingkan dan meminggirkan diri.

Aku mungkin tidak seindah dan seharum mawar. 
Namun, aku masih punya sisi yang indah,
itupun jika kau masih tahu menghargai keindahan dan keunikan 
penciptaan Tuhan.


- Dari sisi aku, di sini. :')

Kita memilih ker?

“ Ana tak kisah pun muslimat tu macam mana”  lelaki itu malu-malu
“Betul ni tak kisah” sahabat lain bertanya lagi.
“ Tapi kalau boleh, nak yang slim, kulit putih, pandai masak.bla..bla..”
………………………………………………………………………………………………

“Ana tak kisah muslimin tu macam mana” muslimah itu malu-malu
“Betul ni tak kisah” sahabat lain bertanya lagi
“Tapi kalau boleh, biarlah kerja tetap, bertanggungjawab, macam aaron aziz, bla..bla..bla..

…………………………………………………………………………………………

Sebelum berkahwin kita akan berinteraksi dengan rupa dan fizikalnya, tetapi selepas kahwin kita akan berinteraksi dengan akhlaknya.

Sahabat-sahabat, usahlah dijadikan rupa paras itu sebagai ukuran. Kebahagian bukan terletak pada rupa paras pun. Tetapi bagaimana akhlak dan keikhlasan.

Dan nak memilih pon silalah cermin diri kita sebaikknya. Tak salah memilih, tetapi janganlah terlalu over sangat, usah terlalu mencari kesempurnaan. Kerana pasangan kitalah yang akan sempurnakan kita.

Buat sahabatku,
Usah risau akan jodohmu,
Kerana pasangan yang bijaksana
Tidak akan terpaut hanya pada keindahan fizikal
Telah tercatat jodoh untukmu di Luh Mahfuz
Hanya tinggal peribadinya sahaja yang ditentukan oleh
Sejauhmana keperibadianmu,
Jika dirimu tetap di atas jalan diredhai,
Insha Allah Si Dia turut dijalan yang sama.


P/s : Moga Allah mempermudahkan urusan jodohmu dan kita semua, insha Allah. (^^,)

If nak yang cantik-cantik pi la amek ratu cantik ke (=..=),
Dan saya tak suka orang yang terlalu memilih fizikal, 
Allah jadikan hambanya semuanya cantik-cantik kan.
k bye

15o Juta Kali


kanak-kanak rebina : Akak bila nak kawen?kakak kita yang  sebaya akak dah anak dua tau.

aku: Dik hang pi kawen dulu la ye.hehe


kakak-kakak sunkist: kamu ni bila lagi? umur pun dah macam boleh kawen.

aku; Kak bila tiba masanya.chewah~!



makcik-makcik  jiran sebelah: 23 tu dah tua, nanti tua-tua jadi anak dara tua.Nak makcik kenenkan dengan anak makcik nak?  


aku: erk..apakah tua sangat diriku ini, rasa macam muda  & cun lagi..haha



Makngah : Nana oii...bila nak kawen ni Nana. 



 jiran Blok sebelah: jangan belajar tinggi2 sangat nanti tak ada orang masuk mintak.


aku: Tak de orang nak masuk mintak? tak pe saya p mintak dia..haha



Fuhhh....ok, rileks jangan stress...hoho (^o^)

Terima kasih di atas keperihatinan anda semua, saya amat hargai untuk yang ke 15o juta kali.




Weeee (^_^)


Hentikan kerisauan kalian dan doakan saya cepat kawen dan dipermudahkan Allah hendaknya. ok bai. (^_^)

Sahabat dan Perjuangan

Melihat sahabat-sahabat berhempas pulas berada di medan perjuangan, aku terasa malu.
Sahabat perjuangan kita di atas landasan yang sama
cuma mungkin medan kita berbeza

Aku terasa ingin terjun ke medan bersama-sama kalian
namun aku tidak pantas melakukan itu
Melihat kalian aku hanya mampu mengirimkan doa dan meniupkan kata-kata semangat
Linangan air mata menyaksikan keadaan

Ya Allah,
Aku menjadi saksi di hadapanMu kelak
bahawa sahabat-sahabatku ini tidak pernah melatah
begitu tabah dan sabar
mengharungi perit jerih perjuangan ini

Ya Allah,
Tiada apa yang ingin ku pinta melainkan 
kuatkanlah kami istiqamahkanlah kami di dalam perjuangan ini

Ya Allah,
sesungguhnya kami telah berjanji denganMu dahulu untuk terus mendokong agamaMU,
Janganlah engkau bolak balikkan hati kami Ya Allah,

Sahabat-sahabat
terus bangkit!
Usah peduli penat lelah dan kepayahan
Sedarlah, itulah Mahar yang semesti kita bayar
Untuk mendapat redha dan syurga Allah yang kekal abadi,

Sahabat-sahabat
Dari jauh ku kirimkan doa dan salam salam perjuangan buat kalian,
Ya Allah pilihlah kami berada di saff perjuanganMU


Dedicated special for all my Sahabat :)

Rosefarhana Rosly