Wednesday, November 9, 2011

andai suatu hari nanti~


Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu,
usah kau cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu...

♥Andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu,
usah kau gusar kerana aku juga ingin waktu untuk diriku.

♥Andai suatu saat aku mengalirkan airmataku,
usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku.

♥Namun andai suatu saat aku hilang dari pandanganmu,
aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu.

♥Andai suatu saat engkau berhenti menjawab panggilanku,
ingatlah aku sentiasa ada saat-saat kau memerlukan diriku.

♥Andai aku memerlukan seseorang untuk mendoakanmu,
kau sentiasa ada dalam setiap doaku...

♥Andai suatu saat kau tersenyum bahagia,
aku juga akan tersenyum gembira melihat dirimu bahagia..

♥Cuma pesanku, andai suatu saat engkau memerlukan aku dan aku tidak mampu untuk membantumu...
usahlah kau rayu aku. Bukan kerana aku membenci dirimu tapi kerana aku takut aku akan menyakiti hatimu..
Aku takut untuk mengakui isi hatiku lagi...Maafkan aku.


Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".
... Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".
kita merancang Allah juga merancang,tetapi perancangan Allah itu lebih baik..
Insya-ALLAH~ :))


Wahai kamu,

kalau soalan itu yang sering bermain dibenakmu..

Inilah jawapanku~


Mengapa aku mencintaimu??



Aku Menyintaimu Kerana... (。◕‿◕。)

(Rupa) - Kau Sentiasa BerWudhu & Berpaling Dari Kebendaan.

(Mata) - Kau Sentiasa Menunduk & Hanya Lihat Keagungan Ciptaan-Nya.

(Mulut) - Kau Sentiasa Diam Tersenyum & Bicara Mu Tentang Yang Makruf.

(Telinga) - Kau Setia Mendengar & Pekak Bila Mendengar Keburukan Seseorang.

(Tangan) - Kau Sentiasa Menadah Tangan Mendoakan Kebahagian Insan Tercinta.

(Kaki) - Kau Sentiasa Berjalan Ke Arah Keredhaan Allah Mencari Kebaikan.

(Badan) - Kau Menutup Segalanya & Hanya Pada Allah Kau Minta Pertolongan.

(Hati) - Kau Luhur Peribadi & Ikhlas Mencari Cinta Di Dalam Redha-Nya.


kerana itulah aku mencintaimu...mencintaimu kerana ALLAH~


.::SEMOGA ENGKAU DI LINDUNGI ALLAH DALAM MAHABBAH & TAAT KEPADA-NYA::.


♥ SR


Monolog Hatiku:

Semoga jawapan istikharahku ini utk selamanya..
SIDIA yang akan menemani dunia dan akhiratku~
Insya-ALLAH.. :)

Wahai suamiku,,,

Sungguh aku mecintaimu,doaku juga terucap kala itu...
Aku ingin dengan Pernikahan yang Barakah nantii semakin hari kau semakin Sayang ketika memandangku...
Sehingga akupun merasakan getaran Cinta yang semakin mendalam kala memandang wajahmu.

Saat cinta ini menjadi HALAL...
Kuharap akulah yang Tercantik dalam hatimu...
Ya..Biarlah hanya aku yang Tercantik dalam hatimu..
Hanya aku...

Tercantik tidak hanya untuk saat ini, Ketika wajahku masih berbalut make-up...
Tapi juga tercantik untuk nanti, Ketika wajahku berselimut kedut kerana termakan oleh waktu...

Doaku:

Ya Allah,

Berikan jodoh yang terbaik bagi yang menantikan,

Jadikanlah pernikahan nanti yang barakah,

rumahtangga yang sakinah, mawaddah, wa rohmah,

keturunan yang soleh dan solehah

Jangan terlahir dari kami keturunan yang durhaka...

Aamiin ya Rabb..

Ana sentiasa sayang kamu..Insya-ALLAH :))

Wahai kamu,
tersenyumlah kerana kamu tidak pernah terlintas pun untuk dilupakan..




pesanan utk kamu:
-tlg jgn gne perkataan 'un' dengan ana sbb ana mmg tak suka..
-harap kamu pham~


yang ikhlas: