Tuesday, March 15, 2011

Cantik VS Akhlak~!! :))



Assalamualaikum~!
(xjawab dosa...jawab sayang~hehe.. )
:))
cantik...itulah yang selalu dikaitkan dengan wajah yang dianugerahkan ilahi buat manusia~
Bertuah bagi seseorang yang dikurniakan wajah yang lembut..
tapi perlu diingat,ini hanya pandangan luaran..
Definisi cantik itu adalah subjektif..
sape-sape pn boleh jadi cantik...

Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa perlu bersyukur. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya.
tapi mengertilah...cantik itu hanya satu sampingan di dalam kehidupan..
tiada yang kekal...kecuali Allah s.w.t..

Bagiku, kecantikan sesorang terletak pada AKHLAK…

Jika akhlak cantik, maka cantik jugalah tutur kata.

Jika akhlak cantik, maka cantik juga pergaulan

jika akhlak cantik, maka ilmu juga cantik

jika akhlak cantik, maka darjat di sisi Allah juga tinggi

jika akhlak cantik, maka hatipun cantik

Bukankah akhlak mencerminkan kecantikan seseorang… sebab itu juga Rasulullah menyuruh kita setiap kali mengadap cermin ucaplah “Segala puji hanya bagi Allah, Ya Allah sepertimana engkau cantikan wajahku, maka cantikan juga akhlak ku”…

Jangan pandang kecantikan rupa paras seseorang, kerana ianya akan pudar. Tapi pandanglah pada akhlak, ilmu dan amal seseorang kerana akhlak yg baik akan menyelamatkan diri dari fitnah dunia, ilmu yg tinggi dapat menyelamatkan diri dari kegelapan kejahilan dan amal yang istiqamah akan dicintai Allah.


dari apa yang saya lihat..
dapat saya simpulkan punya wajah lembut
tidaklah sepenting punyai peribadi yang cantik,akhlak yang mulia,
tutur yang sopan dan
apa yang paling penting amal ilmu dan agama yang ada padanya.

pesanan kepada lelaki2 diluar sana..
pilihlah pasangan yang baik agamanya,
cantik akhlak dan peribadi..
dan bukanlah cantik pada luarannya sahaja
cantik rupa tidak menjanjikan kebahagiaan dalam
sesebuah hubungan..
cantik akhlak lagi dipandang mulia disisi Allah swt..

Apakah lagi beruntung dan ada bagusnya,
kita telah pun dikurniakan dengan wajah yang sempurna
cantik..lembut..ayu..
dihiasi pula dengan
akhlak yang baik..tutur dan pakaian yang sopan..

=)