Wednesday, January 4, 2012

Ya Rabb~


Ya Allah,
berkatilah umur ini seadanya,
Sesungguhnya solatku,ibadahku,matiku,
Seluruhnya hanya buatMu pencipta alam..

Ya Allah,
Tenangkan jiwaku agar terus mencintaiMu,
Janganlah Kau lekakan hati ini,
Pimpinlah diri ini agar terus bermunajat dan berharap hanya padaMu..
Ya Allah,terangkan hati ini dengan cahaya hidayah,
Pandulah hidup ini agar tulus dan lurus,
Agar kemudi hidup tidak tersasar..

Ya Allah,
Bukalah mata hati ini melihat kebenaran
dan
Basahilah bibir ini dengan zikir munajat kepadaMu…

Ya Allah Ya Rabb…
Berilah aku kekuatan agar dapat bangun pada malam yg sepi,
Bertahajjud kepadaMu untuk meraih kasih sayangM,
semoga cintaku padaMu semakin mekar,
semoga pengorbananku padaMu semakin meninggi..

Ameen Ya Rabbal Alamin…

tarbiah buat diri:

jangan resah andai tiada yang mendekatimu
kerana kesolehanmu..
kerana Allah telah menetapkan
seseorang yang istimewa buatmu..
tidak sedikit pun Allah membenarkanmu
disentuh oleh lelaki yang tidak halal bagimu,
kerana Allah terlalu menyayanginmu..
andai dirimu bergelumang dengan
cinta insani yang tidak halal,
dimanakah sayang Allah terhadapmu?


p/s: wanita SOLEHAH sentiada dijaga oleh ALLAH..maka, JOM kita jadi 'SI SOLEHAH' dimata_NYA~ :))