Sunday, April 17, 2011

Kuatkan Aku Ya Allah~~!!!!



sbagai manusia....semua manusia akn diberikan ujian dalam hidup...lebih-lebih lagi bile kita digelar mukmin...tapi pernahkah kita terfikir...kenapa Allah turunkan ujian itu pada kita? kenapa Allah buat semua ni??? lagi-lagi bila ia bersangkutan dengan hati...sakitnya...Ya Allah~! Hanya Allah shaja yang tahu...Kalau ikutkan tiada iman didada...mahu sahaja kita tamatkan kehidupan sampai disini...rasa tidak sanggup nk hadapinya lg...

Tp kita kena ingat~!! Firman Allah:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (al-Ankabut : 2)

"..Dan Kami pasti akan uji kamu dengan sedikit rasa takut , rasa lapar, kekurangan harta, kekekurangan nyawa dan kekurangan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang yg sabar..". [Al-Baqarah: 155]

jadi...sebagai seorang mukmin...kita mahu biarkan sahaja??? hadapinya...dan ingatlah...orang-orang yang sabar itu ada perkabaran gembira buat dirinya....Syurga Allah itu pasti~!!

dan ingatlah...setiap ujian yang diturunkan itu setimpal dengan kemampuan kita....jangan sesekali mengeluh dan putus asa...kerana bukan selamanya Ujian itu akan berterusan...Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun...Ada sebabnya kenapa Allah buat smua itu....

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - [Surah Al-Baqarah, 2: 216]

penglihatan manusia terbatas....kita tak mampu nak lihat masa depan...hatta apa yang terbaik utk kita pn...kita x mmpu nk tentukan...Sebab itulah Allah tahu....Manusia itu lemah dan yang lemah itu apabila bergantung kepada yang kuat...Nescaya akan jadi kuat....

kemuadian, sertai sikap positif (bersangka baik) dengan bersabar.Inallaha ma'as sobirin.Kerana sesungguhnya, Allah itu berserta dengan mereka yang sabar. Allah turunkan kita Ujian..Maka, jika rasa tak mampu nak hadapinya...serahkan kembali padaNYA...itulah sebaik-baik tindakan...serahkan semua padaNYA....itu akan mengajar diri kita lebih berserah dan terima Qadak dan Qada Allah...

walaupun begitu...

manusia itu selalu bersifat lupa diri tatkala diberi nikmat. Namun, tatkala kita diuji dengan sedemikian rupa, barulah nak kembali mencariNya. Sungguh-sungguh kita mohon padaNya agar dipermudahkan segala kesulitan yang ada. Sedang selama ini, hendak mengingatiNya sebentar pun terasa berat. Astagfirullah, hamba jenis apakah kita ini....hmmm....

Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdo'a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan." - [Surah Yunus, 10: 12]

Maka, di situ punya hikmah untuk sama-sama kita renungkan.

Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian yang menimpa kita.

DIA mahu kita kembali kepadaNya.

DIA mahu kita selamat di 'sana'.

DIA mahu kita merenung sebentar dan bermuhasabah kembali.

subhanallah~~

Jika kita dah sedar dgn bnda ini, maknanya, hikmah dari ujian itu seharusnya sudah nampak. Kebangkitan yang ditunggukan-tunggukan itu juga seharusnya sudah dimulakan langkahnya.

Wahai diri,

Kali ini. . .

Letakkan Dia 'bersama' ketika kamu menapak.

Dan pasti, jalan penyelesaian itu akan mula kelihatan.

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah At-Talaq, 65: 2-3]

p/s: Dan pasti...DIA tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia melainkan ada hikmahnya....wallahualam~

Kesenangan yang datang

Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan

Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berkepanjangan

Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiah dari Allah

Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan

-Rosefarhana Rosly,17/4/2011,3.05am-