Thursday, September 8, 2011

Jangan sesekali wahai kamu~


  • Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
  • Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
  • Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
  • Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
  • Jangan sesekali diri kamu mengatakan "i love you" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
  • Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
  • Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.

Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.


Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...


Namun..


Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...



Monolog Hatiku:

kenapa aku menyintaimu tanpa ada sebab?

kerana ini~

Jika kamu mencintai kerana dia pandai,itu bukan cinta tetapi kagum..

Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem,itu bukan cinta tetapi nafsu..

Jika kamu menyintai kerana takut dia sakit hati,itu bukan cinta tetapi kasihan..

Jika kamu menyintai kerana dia baik,itu bukan cinta tetapi rasa terima kasih..

tetapi jika menyintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya,itulah cinta yang sesungguhnya!



Aku cinta kamu dari kejauhan dan penuh keserdehanaan kerana Aku ingin menyintaimu sepenuhnya bila kita halal nnt~ InsyaALLAH... =)

by: