Saturday, May 14, 2011

Andainya diri ini~



andai diri ini mampu

membahagiakan insan yang hampir denganku,
pastikan ku kejar bahagia itu

agar hidup lebih terasa nikmatnya

walau diriku tak perolehi apapun

walau tiada imbalan
biarlah Dia yang membalas segalaNya

aku mahu berlari ke arah pelangi

aku mahu berlari ke arah awan

puncak langit yang tertinggi
berlari sebebas yang ku mahu


hari ini
dikau menemaniku

walaupun

teman ku yang pling setia
adalah titisan air mata
tanpa kupinta kehadirannya

dia datang dan pergi
mendung di hati mengembalikan ku sujud padaMu

kerana kutahu
hanya padaMu tempat ku mengadu.
Ya Allah...
Ku seru namamu
aku Kembali pada Mu..
pelihara aku dari melalakukan laranganMu..
peliharalah aku dari segalanya....

kuatkanlah imanku...

sesungguhnya...

aku rapuh~

Aku dambakan cintaMU Ya Allah...
Aku rndukan kasihmu Ya Rasul....

-Rosefarhana Rosly-
14/5/2011,10:44pm