Tuesday, May 31, 2011

Jodoh Atau Cinta?? :)


Assalamualaikum~ :)

heee....tajuk ari ni tbe2 nk cakap pasal jodoh atau cinta...cewaahh~!!
padahal esok ader test...sempat lg tuh...tulis blog...Rose...Rose...xberubah2...da nk abis bljr pn..still cm gitu... :P

ntah la...ana xtaw la npe jd gini..mgkin da tabiat kot.. :)) xper2...kiter crik mood lu kn..then,bru leyh fokus study...

jodoh...cinta...apakah itu yek?? (mcm de pngalamn je kn.. :P xper la..kita tulis pe yg kite thu...berkongsi..xslah kn? :) )

~APA ITU "JODOH" ??



Jodoh Itu Rahsia Ketentuan Allah


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan kamu dalam doa-doa selepas solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. :) heee~ Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

so, hanya Allah shj yang mengetahui apa yang terbaik utk diri kita. Tak perlu untuk beria-ia pada masa sekarang (jika kamu tidak bersedia langsung untuk memikul tanggungjawab berumah tangga) tapi beria-ialah mengejar apa yang patut untuk kamu kejar.Contohnya kejayaan dunia akhirat, membahagiakan ibu bapa. Semua itu da cukup berat untuk ditanggung seorang diri. Jadi, muhasabah diri kamu,kamu berada dibahagian mana. Jangan sampai semuanya jadi hancur kerana tangan sendiri. Buat apa yang terbaik untuk diri sendiri dan juga orang yang tersayang.


~Apa itu "CINTA"??~


Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu. :))

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta, manusia menghadapi krisis nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

P/s: 'Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri'


Kesimpulan~

Jodoh itu rahsia Allah.

Perkahwinan itu satu permulaan untuk babak-babak seterusnya dalam kehidupan.

CINTA itu perjuangan. Perlu diusahakan, ada rintangan

Bertemu jodoh, jodoh itu bukan milik kita. Jodoh itu milik Allah. Maka letakkan ianya di dalam kawalan. Bukan mengikut hati dan perasaan.

Selamat berkelana dalam penantian yang membuahkan pencarian diri bagi mengejar jodoh hakiki. hee~ :)

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Surah ke 36. Ayat ke 36.


p/s: Betapa indahnya hidup kerana Allah menetukan segalanya rahsia, bukan hanya jodoh namun saat seterusnya jua tiada dalam pengetahuan hamba-hambaNYA.Maka manusia hidup dalam keadaan sentiasa berusaha. InsyaAllah, keyakinan kepada ketentuanNYA membawa kepada tawakal dan merasai indahnya redha. Allah tidak akan pernah menzalimi hamba-hambaNYA.Yakinlah segalanya telah ditentukan masanya dan akan terlaksana pada masa yang terbaik. :)) Chayok2~!!

Monolog Hatiku:Ya Allah, jika benar jodoh ini takdir dariMU, Hiasilah aku dengan cinta itu, titipkanlah kebahagiaan antara kami. Permudahkanlah urusan ini dan Panjangkanlah jodoh kami.Hanya padaMU aku meminta pertolongan~ Amien,amien Ya Rabbal Alamin~ :)

by: Ana Farhana a.k.a Rosefarhana Rosly :))
2:05am , 31/5/2011