Monday, May 16, 2011

Ya Rabb~!!!

Jika dapat diulang kembali...
ingin sahaja aku mengelakkan segalanya...
ingin shaja aku melepaskan semuanya..
ingin sahaja aku buangkan semuanya...

tapi takdir ilahi...
semuanya harus ditempuhi..
dengan berbekalkan iman yang nipis ini...
aku lalui ranjau yang penuh duri ini...
aku tempuhi dengan penuh kesabaran...

Kuatkah aku dalam setiap langkah ini?
Ya Rabb...
Aku meminta kekuatan daripadaMU...
Kuatkan imanku dalam menempuhi ujian dariMU....
Kuatkan hatiku dalam menempuhi hari-hari ini...
Jauhkan aku dari sifat putus asa...

Jika patah sayapku kelak...
KAU bantulah aku Ya Allah...
KAU pimpinlah aku Ya Rahman...
KAU tunjukkan aku jalan Ya Rahim...
Sungguh...
Aku hanyalah hamba yang lemah...
sungguhpun begitu..
Aku amat mengerti kasihMU wahai penciptaku...
KAU tidak akan pernah meninggalkan diriku keseorangan...
KAU tidak akan memutuskan rahmatMU buat hamba-hambaMU...

Jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur atas rahmatMU Ya tuhanku....

-Rosefarhana Rosly-
16/5/2011, 1:33am